Tips Yang Perlu Dilakukan Jika Internet Unifi Korang Lembab. Jom Lakukan Beberapa Langkah Mudah Ini.



Pernah tak anda masa tengah syok layan youtube, tonton movie, atau mesej rakan-rakan tiba-tiba rangkaian internet terputus? Bila semak balik modem unifi, tak ada apa pun masalah, yang semestinya anda akan off suis moden dan buka balik selepas beberapa saat kan? Tapi malangnya, line masih slow atau terus diconnected.

Oleh itu, di sini oh kiji ingin kongsikan jalan penyelesaian yang simple dan mudah kalau anda malas nak hubungi khidmat pelanggan TM Unifi. Tahu sajalah nak tunggu call masuk pon dah makan masa, baik cuba sendiri dulu kan?

Caranya adalah dengan membaiki semula DNS tersebut, ikuti langkah berikut: 

#1- Buka browser, taip 192.168.0.1 pada address bar dan tekan Enter



Login page dengan menggunakan username & password ini:

* Username: operator

* Password: h566UniFi

#2- Masuk ke bahagian Setup



Lihat disebelah kiri, klik pada WAN. Wan Configuration. Selepas itu, anda akan dapat melihat Protocol PPPoe dibarisan pertama jadual. Di bahagian column Action, tekan butang Edit

#3- Skrol kebawah samapai anda dapat lihat perkataaan DNS (Domain Name Server). Tukarkan mode asal dari Auto ke Manual.



Setkan DNS seperti berikut

* domain name server (Primary) IP: 8.8.8.8

* domain name server (Secondary) IP: 8.8.4.4

#4- Skrol kebawah lagi sampai dihujung dan klik Apply

Sekarang anda boleh cuba surf semula. Kalau boleh masuk tu maknanya setting yang anda buat tu berjayalah. Kalau tak boleh juga, mungkin ada 1-2 step yang salah ikut. 

Oh ya, untuk pengguna router lama 2014 kebawah, mungkin ada sikit lain caranya. tapi takpa dari masa ke semasa oh kiji akan share lagi untuk moden 2014 kebawah ye.

Selamat mencuba !

Terima kasih. Silakan share.



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Tips Yang Perlu Dilakukan Jika Internet Unifi Korang Lembab. Jom Lakukan Beberapa Langkah Mudah Ini."

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.