Awal Ashari Sekolahkan Netizen Kerana Komen “ Macam Baru Lepas Main” Kerana Gaya Rambut Raya Scha Alyahya Yang....





Gaya dan penampilan Awal Ashaari sekeluarga ketika hari raya selalu menjadi perhatian netizen.

Tidak hairanlah pasangan ini digelar pasangan yang fashionable oleh peminat mereka, ada saja trend terkini mereka peragakan dan akan menjadi ikutan terkini.

Scha yang berpenampilan rambut baru raya tempoh hari nampaknya turut menjadi buah mulut netizen.

Jika sebelum ini scha cantik berambut panjang, bekas juara Dewi Remaja ini tampil berani dengan mengenakan potongan rambut pendek untuk meraikan lebaran.

Netizen kritik rambut baru bangun tidur








Melihat penampilan begini , netizen tanpa berselindung berlaku ‘jujur’ mengutarakan pendapat mereka mengenai potongan rambut itu. Ada yang melabelkan rambut Scha macam bangun tidur, seperti orang kurang siuman dan diumpamakan seperti pokok.

Awal tampil pertahan isteri





Sebagai suami, Awal meninggalkan komen win untuk pengkritik isterinya itu. Dia berkata, terpulanglah kepada Scha untuk menggayakan rambut yang disukai kerana isterinya itu sudah bosan dengan rambut panjang.

Tambahnya lagi, jika netizen tidak suka atau berkenan, mereka sepatutnya hanya mendiamkan diri asalkan tuan badan suka dengan hasil penata gaya mereka itu. Ujarnya lagi, pendapat netizen tidak diperlukan pun dalam hal ini.



Ada Peminat backup Scha






Apa komen anda?



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Awal Ashari Sekolahkan Netizen Kerana Komen “ Macam Baru Lepas Main” Kerana Gaya Rambut Raya Scha Alyahya Yang...."

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.