Kajian Menunjukkan Internet Unifi Paling Lembab, 4G Maxis terlaju di Malaysia




Tahun ini merupakan tahun kelima rangkaian 4G bertapak di Malaysia semenjak ianya mula dilancarkan pada tahun 2013. Setakat ini, terdapat 6 buah syarikat yang mengendalikan rangkaian 4G LTE pada harga yang jauh lebih berpatutan berbanding dengan suatu ketika dahulu.

Biarpun  rata-rata operator menjanjikan bulan dan bintang dengan kelajuan maksima 100 Mbps, tetapi hakikatnya setakat ini, kelajuan purata yang berjaya direkodkan masih belum membanggakan.

Baca: Tips Yang Perlu Dilakukan Jika Internet Unifi Korang Lembab.

Berdasarkan sebuah kajian dijalankan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, OpenSignal, Maxis mencatatkan kelajuan internet yang paling pantas di Malaysia manakala yang mengejutkan internet Unifi (Webe) pula berada pada tangga paling bawah.

Operator yang terlibat di dalam kajian ini adalah:

    Celcom
    DiGi
    Maxis
    U Mobile
    Unifi
    Yes

Di tangga teratas merupakan Maxis yang mencatatkan prestasi cemerlang untuk kelajuan internet 4G dengan menjadi satu-satunya telco yang berjaya melebihi 20 Mbps di dalam ujian muat turun 4G mereka atau 16.96 Mbps untuk ujian kelajuan kedua-dua rangkaian 4G dan 3G.

Di tangga kedua merupakan Yes dan diikuti oleh Celcom, DiGi, U Mobile dan terakhir sekali, Unifi.



Sumber : Soya Cincau



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Kajian Menunjukkan Internet Unifi Paling Lembab, 4G Maxis terlaju di Malaysia"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.