5 Artis Malaysia Yang Beraksi Paling ‘Win’ Pada Aidilfitri 2018






Ketibaan hari raya aidilfitri 1 Syawal disambut meriah umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan selebriti yang tidak melepaskan peluang melaram sakan dengan mengenakan pelbagai busana.

Yang menariknya, mereka ini bukan saja memuat naik gambar mereka bergaya pakaian baru di media sosial malah paling mencuri tumpuan adalah aksi mereka.

Oh Kiji paparkan 5 foto menarik selebriti pilihan kami rasa yang paling ‘win’:

1. Shaheizy Sam







Aksi Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Malvin dan anak mereka, Syeriv boleh dikatakan gambar raya paling menghiburkan. Apa yang membuatkan peminat ‘tercengang’ bila melihat aksi Syatilla yang terbaring sambil suami dan anak di atasnya. Memang kepala gila-gila betul mereka ni.

2. Fazreen Rafi





Ingin mencari kelainan, pelakon Fazreen Rafi memuat naik satu foto dirinya mengangkat isterinya ketika di hari raya. Bergaya dengan warna kuning, Fazreen dalam status gambarnya sempat berseloroh cintanya lebih ‘berat’ daripada berat badan isterinya.

3. Chacha Maembong







Dah macam peluk ‘badang’ pun ada apabila pelakon Chacha Maembong bergambar raya dengan memeluk bapanya yang memanjat tiang. Bukan itu saja, satu lagi gambar sama dikongsi Chacha dengan turut serta kakaknya, Emma. Jenaka tiga beranak ini membuatkan netizen terhibur.

4. Deanna Yusoff




Sudah menjadi satu kemestian sesiapa saja mahu bergambar dengan pakaian baru sempena Aidilfitri. Tetapi lain pula ceritanya bagi pelakon popular, Deanna Yusoff yang bergambar raya bersama lembu di Alps, Switzerland sambil mengucapkan selamat hari raya kepada peminat.

5. Siti Nurhaliza




Sambutan Aidilfitri bagi penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza suatu yang cukup bermakna dan paling meriah kerana meraikannya  pertama kali sebagai seorang ibu . Siti memuat naik satu fotonya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan anak mereka, Siti Aafiyah.

Sumber :gempak



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "5 Artis Malaysia Yang Beraksi Paling ‘Win’ Pada Aidilfitri 2018"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.