Saya senaraikan perniagaan online tanpa modal kepada anda

Perniagaan online tanpa modal yang boleh dijalankan oleh anda

perniagaan online tanpa modal

Saya berkongsi kepada anda 1 senarai perniagaan atau bisnes online jika anda sedang mencari perniagaan online yang boleh dijalankan tanpa memerlukan modal.Didalam senarai dibawah adalah perniagaan yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang banyak.Cukup sekadar membayar talian internet sahaja sama ada di cyber cafe ataupun talian internet anda sendiri. 

1. Affiliate sama ada tempatan mahupun luar negara.
Model perniagaan ini sebenarnya boleh dilakukan anda tanpa mengunakan modal yang besar pun,cukup sekadar mempunyai talian internet sahaja,selebihnya anda akan lakukan secara percuma sahaja.Macam mana?senang,anda cuma perlu mendaftar sebagai affiliate di mana-mana program afiliate milik tempatan kemudian buat promosi mengunakan :

  • Laman youtube - anda buat video tentang produk tersebut (membuat review dengan menceritakan kelebihan produk tersebut).
  • Forum - meletakan link affiliate anda di ruangan signature kemudian melakukan komen di thread-thread atau membuka thread anda sendiri didalam forum seperti carigold.com atau wangcyber.com
  • Melakukan promosi didalam group facebook - anda boleh mempromosikan didalam group-group facebook dengan membuat satu pos tentang produk tersebut,anda juga bleh menawarkan bonus untuk menarik prospek anda.Anda boleh belajar kaedah lain untuk cara buat duit dengan affiliate ini disini.


2. Perniagaan secara dropship
Anda boleh menjalankan perniagaan bekongsepkan dropship dengan mempromosikan produk milik orang lain,dengan kata lain anda menjadi orang tengah,dengan harga yang sudah pun ditetapkan oleh anda boleh lakukan promosi dengan cara ini :

  • Facebook profile - anda boleh melakukan promosi dengan cara softselling mengunakan profile facebook anda jika anda mempunyai rakan facebook yang ramai.
  • Facebook group - anda juga boleh mempromosikannya mengunakan facebook group dengan meletakan iklan promosi anda di group pengiklanan mahu pun facebook group yang berkaitan dengan produk anda.
  • Forum - forum juga boleh menjadi tempat promosi untuk produk anda.Anda boleh belajar lagi cara buat duit dengan dropship disini.


3.Membuat servis
Jika anda mempunyai kemahiran seperti mereka grafik mahu pun dalam bidang pembinaan aplikasi atau software anda boleh mengunakan kemahiran anda itu dengan menawarkan servis anda kepada orang lain.Kaedah promosi sama sahaja seperti yang diterangkan untuk dropship dan affiliate.Sememangnya membuat servis adalah satu model perniagaan yang agak menguntungkan jika anda pandai mempromosi dan mencari pelanggan anda.

Baiklah sampai disini sahaja perkongsian kali ini,saya amat berharap anda akan mendapat manfaat serta panduan berguna melalui pos senarai perniagaan online tanpa modal ini.





Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Saya senaraikan perniagaan online tanpa modal kepada anda"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.