Bisnes online - senarai perniagaan yang menguntungkan

Senarai bisnes online yang mengutungkan

Disebadkan kos sara hidup dimalaysia telah meningkat ramai rakyat malaysia mula mencari altenatif menjana pendapatan sampingan untuk meringankan beban kewangan.Banyak perluang perniagaan atau bisnes yang boleh membantu korang untuk  menambah pendapatan sampingan,salah satunya dengan buat bisnes online.

bisnes online

Saya ada membuat beberapa kajian sebelum menulis artikel ini dimana kata kunci cara bisnes online dari rumah banyak dicari di google,ini menunjukan rakyat malaysia mula nampak akan perluang menjana duit secara online.Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, saya ingin terangkan sedikit definasi apa itu bisnes online?


Definasi apa itu bisnes online


meja bisnes onlineBisnes online adalah bermaksud menjalankan bisnes atau perniagaan di atas talian internet,tidak kiralah bisnes online dari rumah ke,bisnes dari pejabat ke,dari bisnes tepi pantai ke,apa saja perniagaan atau bisnes yang dijalankan di atas atau menggunakan talian internet adalah bisnes online.

Secara umumnya perniaga-perniaga yang menjalankan perniagaan diatas talian akan membuat blog atau laman web khas dan mempromosikan produk mereka,ada juga yang menjalankan perniagaan dengan menumpang sama ada berbayar atau secara percuma dilaman-laman khas untuk menjual barang seperti ebay,lelong dan mudah.my. 

Laman sosial seperti facebook dan instagram juga salah satu tempat yang boleh kita jalankan perniagaan dengan menjual produk-produk yang sesuai dengan pengunjung-pengunjung laman tersebut.Oh ye.. bisnes online facebook adalah model yang paling hot di malaysia sekarang ini..

Jenis-jenis model bisnes online yang boleh dilakukan


Antara Jenis perniagaan yang popular di internet ialah:
  • Menjual produk fizikal 
  • Menjual produk digital
  • Membuat servis 
  • Pengiklanan
Sekarang saya akan ceritakan lebih terperinci lagi tentang model-model perniagaan diatas tadi.

Menjual produk fizikal

Produk fizikal bermaksub produk atau barang yang boleh dipegang dengan tangan seperti telefon,tudung,mp3 player,sabun dan lain-lain.Menjual produk fizikal di online sama juga seperti menjual diluar talian internet atau kita boleh cakap menjual di kedai biasa atau pasar malam,bezanya disini diinternet kita tidak perlu bertentang mata dengan pelanggan,bersua muka dengan pelanggan dan kadangkala tak perlu bercakap pun,hanya sekadar berkomunikasi melalui sms,aplikas chat,email atau just tulis penerangan penuh dan letak arahan cara pembelian.

Penghantaran produk pula 90% mengunakan pos/kurier,manakala 10% lagi secara by hand atau boleh kata si penjual sendiri yang pergi hantar ke pelanggan.Pembayaran boleh dilakukan dengan online banking seperti maybank2u,cimbclicks(atau mana-mana bank yang boleh melakukan pemindahan wang secara online) dan juga paypal.Kadang-kadang ada juga pelanggan yang melihat dan memilih produk diinternet tapi hanya membayarnya apabila barang itu diterima ditangan,ini biasanya di panggil cash on delivery(COD).
  
Antara tempat yang boleh kita guna untuk menjual produk fizikal ialah

lelong.com.my - disini kita boleh sama ada membuka store (boleh letak banyak barang dan mempunyai sistem pembayaran mudah atau buy now dan ianya berbayar) atau letak secara percuma tapi tiada fungsi buy now dimana pembeli perlu menghubungi anda untuk pembayaran(lambat dan tidak auto).Kelebihan dilelong anda hanya perlu masuk/list kan barang anda sahaja,tak perlu bina blog atau laman web dan pembeli memang sedia ada didalamnya,so kite tak perlu nak buat promosi bagai,just cari barang yang banyak permintaan sahaja kemudian masukan dilelong dan tunggu pembeli.

Mudah.my - sama seperti lelong,ada berbayar dan ada yang percuma(dimudah pelanggan lebih gemar melakukan pembelian secara COD,tapi ada juga yang melakukan pembayaran secara online,kita perlu mention sahaja yang kita tak buat COD).

Ebay - Disini jika anda pertama kali berniaga ebay akan memberikan 50 listing tanpa perlu bayar apa-apa fee(saya lupa dan kurang pasti akan hal ini tapi yang pastinya ebay bukan percuma),kemudian anda dikehendaki membayar fee setiap kali barangan anda terjual,cuma diebay kita umpama menjual diseluruh dunia tau,so keuntungan memang besar jika produk yang anda jual itu banyak permintaan(ada cara macam mana nak tahu sesuatu produk tu hot di ebay).

Blog/laman web - anda bina 1 laman web atau blog khas untuk produk anda,letakakan ayat jualan menarik,borang pembayaran kemudian buat promosi untuk menarik trafik/pembeli kelaman anda.

Facebook.com - anda buat satu page khas tentang produk,masukan gambar dan selalu update post tentang produk anda di page tersebut.Cara untuk menjual pula buat satu post dengan masukan ayat jualan dan gambar menarik kemudian promote mengunakan iklan didalam facebook.Ini cara yang paling berkesan dan cepat.

Instagram - upload gambar menarik dan gunakan hashtag untuk menarik prospek.

Forum - buka 1 thread contoh di carigold.com (sesetengah forum meminta anda bayar untuk buka 1 thread jualan) kemudian sentiasa bump thread anda setiap hari.Link kan link thread jualan di siggy anda mulakan sesi komen thread-thread member lain didalam forum tersebut.Ini satu cara promosi untuk menarik prospek atau pembeli ke thread anda didalam forum tersebut.

Menjual produk fizikal tidak semestinya anda perlu ambil dan simpan stok,anda juga boleh menjual produk orang lain dan tanpa perlu pegang stok pun,ianya dipanggil dropship,ini salah satu model yang ramai orang buat apabila masuk bab menjual produk fizikal.

Antara kategori produk yang popular

  • Kesihatan - ubat kencing manis,gout,kanser atau barah,resdung dll
  • Gadget - telefon,mp3 player,tablet,jam kamera,headphone dll
  • Pakaian - tudung,tshirt,kasut,cermin mata,seluar,jubah,baju kurung,kain batik dll
  • Kecantikan - produk kurus,sabun jerawat,krim jerawat,produk hilangkan parut,produk rambut gugur,produk untuk gigi kuning dll.
Menjual produk digital

Tempat dan cara promosi sama sahaja seperti menjual produk fizikal diatas.Bezanya disini anda menjual barang yang tidak boleh dipegang seperti Ebook,Audio,Video,skrip dan juga software secara online.Tempat untuk menjual juga hampir sama seperti tempat menjual produk fizikal,cuma tempat yang paling utama ialah menbina laman web atau blog khas untuk produk fizikal dan jual didalamnya.Trafik ke laman web tersebut pula ditarik dari medium facebook,forum dan blog-blog lain..insyallah pos akan datang saya cerita lebih detail lagi akan hal ini.

Dan menjual produk digital juga tidak semestinya anda memerlukan produk sendiri,jual produk orang lain juga menguntungkan,model ini dipanggil Affiliate produk digital dimana anda akan diberi komisen untuk setiap jualan produk digital yang anda promosikan itu.

Antara kategori produk yang popular untuk perniagaan produk digital

  • Kewangan dan Pelaburan - Forex,emas,silver dan hartanah
  • Buat Duit - Buat duit dengan ebay,buat duit dengan flipa,buat duit dengan affiliate dll.
  • Kesihatan dan kecantikan - Cara memutihkan kulit,cara menjadi panjang,cara melakukan urutan batin dll.
  • Tutorial - Cara buat laman web,Cara design grafik,bagaimana hendak menjadi fotografi ,Cara mengunakan photoshop dll.
  • Kerjaya 
Membuat Servis

Menawarkan servis juga satu perniagaan yang menguntungkan,medium untuk promosi menarik prospek yang berminat dengan servis kita biasanya ialah

  • Forum
  • Pengiklanan di facebook dll.
  • Blog
Antara kategori servis yang popular

  • Design grafik sama ada dilaman web atau blog
  • Design grafik cover produk digital atau logo
  • Design grafik untuk header timeline facebook profil atau facebook fanpage
  • Membina laman web atau blog
  • Pengiklanan
  • SEO
  • Servis bahagian teknikal seperti memasang sesuatu skrip,menukar nama fanpage,memindahkan laman web,blog ke hosting lain dll.
  • Membina software atau aplikasi di telefon 
  • Membuat video
Pengiklanan

Model perniagaan sama sahaja seperti Servis,jika anda mempunyai laman web atau blog yang ramai pengunjung anda boleh tawarkan ruangan iklan kepada sesiapa untuk beriklan didalam laman web atau blog anda itu.
Anda juga boleh menjana pendapatan dengan pengiklanan ini dengan menyiarkan iklan orang lain,diamana anda letak iklan tersebut dan jika ada pengunjung yang klik iklan tersebut anda akan dibayar untuk setiap klik itu.

Antara pihak penyedia iklan untuk anda siarkan ialah
  • nufnang
  • komli
  • innity
Sebenarnya banyak lagi,Insyallah di pos akan datang saya akan ceritakan lebih terperinci lagi bagaimana hendak menjana duit di internet sama ada yang percuma atau yang memerlukan modal,yang pastinya saya akan cerita langkah demi langkah dan jika berkesempatan saya akan letakan juga video..jadi sentiasa lah lawat Oh kiji ye :-D

Video langkah pertama bisnes online







Anda suka tak dengan pos ini?
14 komen untuk "Bisnes online - senarai perniagaan yang menguntungkan"

terima kasih tuan..padat dengan maklumat

sgt bermanfaat.. ase termotivate nk mulakn bisness...

pilih model perniagaan online,study cukup2..jangan toleh kanan kiri dah,kalau ada offer lain datang abaikan..fokus dengan 1 model je,buat sampai dapat hasil pertama.

Dari pengalaman saya dulu,saya buat youtube+clickbank dan youtube+CPA(saya buat satu2 dan bukan sekaligus),saya fokus dalam masa 3 bulan,tanpa pedulikan apa2,tak pergi melepak di forum,x bukak facebook,saya setkan kepala saya dalam masa 3 bulan tu saya nak 150 video saya berada di youtube.

sekarang alhamdullilah,semua penat lelah saya sudah membuahkan hasil.

alhamdullilah,tapi video tu bkn saya punye tau,itu faisal abdullah punye,otai bisnes facebook.

boleh tuan buatkan satu post tunjukkan screenshot income online terkini supaya dapat menaikkan semangat kami newbie yg masih terkapai-kapai ini. terima kasih

Membuka minda saya yg selama ini negatif tentang bisness,,, terbit semangat nak katahui lagi... minta saudara suluhkan kegelapan ini

Perkongsian yang bagus,, boleh tahu bnyak benda yg boleh kita manfaatkn internet untuk bisnes online nih..

Perkongsian yang bagus,, boleh tahu bnyak benda yg boleh kita manfaatkn internet untuk bisnes online nih..

Assalamualaikum..ingin menjalankan perniagaan internet hubungi saya 0174825077(iqbal)

Nampak senang...knpe time nk buat susah nya

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.