Ketahui punca masalah gatal di kawasan faraj

Ketahui punca masalah berlakunya kegatalan di kawasan faraj anda


punca masalah gatal di kawasan faraj
Rasa gatal-gatal pada alat kelamin (faraj) adalah salah satu masalah utama yang sering berlaku kepada kaum wanita.Faktor kebersihan yang selalunya kurang dijaga adalah salah satu penyebabnya berlaku kepada masalah ini.Dan kebanyakan kaum wanita berasa malu untuk berjumpa dengan doktor apabila mereka sedang menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina) mereka.Keadaan-keadaan seperti rasa-rasa gatal,keluarnya lendir,terlalu kerap membuang air kecil dan alat sulit yang berbau bukan perkara biasa yang dialami dan kaum wanita sebenarnya boleh mendapatkan rawatan untuk menangani masalah ini.

Hampir separuh kaum wanita sebenanrnya menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid.Ada kalanya juga,keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurangnya selesa dari masalah ini.

Janganlah anda pandang remeh jika kemaluan gatal

Masalah jangkitan pada faraj dan juga masalah gatal di kawasan faraj selalunya berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia,sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih di peringkat remaja.Walau bagaimanapun masih terdapat ramai lagi kaum wanita pada masa kini yang kurang berpengetahuan mengenai punca dan gejala masalah itu dan mereka selalunya sering mengabaikan cara rawatan yang betul.



Pada kebiasaannya masalah gatal adalah disebabkan oleh dari jangkitan kandida pada kawasan faraj yang disebabkan oleh pertumbuhan yang berlebihan sel yis (candida albicans) yang berada didalam faraj.Antara faktor-faktor yang selalu dikaitkan dengan masalah jangkitan pada faraj wanita ini adalah termasuk kehamilan,penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal,pengambilan ubatan secara oral,antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.

Selalunya, bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya. Masalah jangkitan oleh kandida dan trikomonas dimanisfestasi oleh gejala pengeluaran lendir yang berbau dari faraj, banyak, ada yang berkeladak dan berwarna kehijauan.


Kegatalan diluar dan didalam faraj


Saya sekarang mengalami masalah yang teruk,iaitu kegatalan didalam dan luar faraj.Yang paling membuatkan saya lebih tertekan ialah masalah kegatalan didalam.Dulu saya pernah pergi ke klinik dan saya hanya diberikan ubat sapu dan tahan sakit sahaja.Walaupun ubat sapu tersebut telah sedikit sebanyak mengurangkan kegatalan diluar tetapi didalamnya tidak. Masalah ini akan berhenti jika saya didatangi haid sehingga dua atau tiga hari haid saya habis.Kemudian masalah ini akan kembali semula. 
Saya masih lagi belum berkahwin dan tidak pernah melakukan sebarang atau apa-apa hubungan kelamin.Sepanjang masalah ini,hanya satu kali cecair pekat yang berwarna kekuningan telah keluar dengan sangat banyak sehinggakan berlarutan selama dua hari dan kemudian ia berhenti.Selepas itu,cercair itu tidak pernah lagi keluar walaupun sy masih lagi mengalami kegatalan.

Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti tekanan perasaan akibat apa saja atau bahan yang "irritant" yang boleh menimbulkan kerengsaan seperti pengggunaan sabun pada kawasan faraj (adalah TIDAK digalakkan membasuh faraj dengan sabun), penggunaan sabun atau pun pelembut kain yang secara tidak sedar telah menjadi penyebab kepada kegatalan, atau apa-apa bahan untuk feminine wash.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau kulat.Walaupun amat jarang punca masalah kegatalan berlaku,Tapi ianya juga boleh berlaku berpunca akibat daripada kanser atau barah pada faraj dan juga jangkitan daripada cacing.

Punca berlakunya pemasalahan gatal ini


Salah satunya puncanya adalah,jangkitan cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu jangkitan parasit yang selalunya menyerang pada kanak-kanak,dimana cacing Enterobius vermicularis ini berkembang dan membiak di dalam usus.Biasanya rasa gatal yang timbul adalah berpunca daripada cacing kremi.Pada malam hari ketika cacing betina dewasa sedang bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana),rasa gatal-gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru). Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti: 


  • mebendazole
  • albendazole
  • pirantel pamoat


Dan jika perkara ini berlaku,seluruh ahli keluarga yang mengalami masalah ini yang tinggal didalam satu rumah harus juga perlu mengambil ubat tersebut kerana jangkitan berulang boleh berlaku dan menyebarkan dari satu orang lain kepada yang lainnya.Untuk mengurangi rasa gatal tersebut,sapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Penyakit lain yang juga boleh menimbulkan masalah gejala gatal pada kawasan luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta.Scabies ini adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie.Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan daripada mereka yang mengidap scabies ini juga. 

Organ yang utama terlibat adalah kulit iaitu hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris) seperti telur dan najis.Keadaan ini akan menyebabkan tindak balas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit.Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan mengelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Sekiranya rasa gatal itu disertai dengan cecair keputihan,berwarna kehijauan,kelabu atau pun kemerahan,ianya mungkin telah pun berlaku jangkitan dari kuman.Kuman penyebab paling utama adalah bakteria vaginosis atau mungkin juga kuman-kuman lain.Sekiranya benar,maka anda perlu mengambil rawatan antibiotik.

Rawatan masalah gatal di kawasan faraj


Rawatan untuk masalah ini adalah dengan memberi ubat-ubatan seperti ubat sapu dimana tujuannya adalah untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur.Adalah penting juga untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang kembali.Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan pada kemaluan anda perlu ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih,pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat daripada bahan-bahan kain kapas.Hindarkan dari menggunakan sabun atau haruman pada faraj anda (vagina),serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan.

Di antara perkara yang boleh dilakukan oleh anda sendiri adalah:


  • Elakkan mengunakan sabun/feminine wash.Ianya boleh menyebabkan faraj menjadi kering dan ia boleh mengubah keadaan pH yang sepatutnya normal pada faraj,hingga menyebabkan rasa gatal
  • Elakkan dari mengunakan tisu yang wangi pada faraj (tisu biasa yang digunakan untuk mengelap tangan).
  • Selalu amalkan mencuci faraj dari bahagian depan hinggalah ke bahagian belakang,iaitu dari lubang kencing ke bawah,dan bukannya dengan cara dari belakang ke depan.Ianya adalah kerana untuk mengelakkan dari terkena pada lubang dubur (yang mempunyai bakteria) dan dibawa ke dalam lubang faraj.
  • Sentiasa menuukar pakaian dalam dan lain-lain dengan secepatnya apabila ia menjadi lembab. 
  • Sentiasa memastikan pakaian dalam anda adalah kering.Pakaian terutama sekali seluar dalam yang dibiarkan lembab boleh menyebabkan masalah kegatalan.
  • Pastikan kawasan faraj kering dan sentiasa bersih manakala seluar dalam sering ditukar setiap hari,gunakanlah kain dari jenis cotton atau hypoallergenic.
  • Kurangkan berat badan jika berat badan lebih daripada berat badan normal.
  • Sentiasa selau membuat ujian kandungan gula didalam darah mana-mana klinik swasta pada waktu awal pagi dengan cara tidak mengambil dan memakan apa-apa makanan selepas 12 tengah malam sebelumnya.

Cecair keputihan dan kegatalan pada kemaluan

Ramai wanita mungkin mengalami masalah cecair keputihan keluar dari kemaluan dan berasa gatal pada bahagian faraj tetapi segan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan cecair yang abnormal keluar dari kemaluan wanita seperti jangkitan bakteria, kulat dan mungkin juga kanser pangkal rahim.

Dikatakan 75 peratus daripada wanita akan mengalami sekali jangkitan kulat ini dalam hidupnya. Manakala, 40 hingga 45 peratus wanita akan mengalami 2 atau lebih jangkitan kulat sepanjang hidupnya.

Cecair keputihan seperti keju atau berketul-ketul akan keluar daripada faraj mereka. Biasanya,pesakit akan mengadu gatal-gatal pada bahagian kemaluan.Disebabkan kegatalan pada kemaluan tersebut,mereka sentiasa kerap menggaru pada kemaluan dan ada yang sampai terluka dan menjadi kemerahan Jika kemaluan pesakit terluka,berkemungkinan jangkitan kedua seperti jangkitan bakteria mungkin boleh berlaku.Ada juga pesakit yang mengadu sakit faraj ketika kencing atau selepas melakukan hubungan seks.Biasanya cecair keputihan yang disebabkan jangkitan kulat ini tidak berbau busuk dan tidak melibatkan pendarahan.

Apakah jangkitan kulat ini



kulat Candida Albicans
Masalah jangkitan kulat yang dimaksudkan adalah jangkitan pada kemaluan yang disebabkan oleh sejenis kulat atau fungas yang menjadi normal flora dalam kemaluan wanita iaitu Candida Albicans.Kalau didalam ilmu perubatan,jangkitan ini dipanggil sebagai Vaginal Candidiasis atau Vulvovagina Candidiasis.

Kulat Candida Albicans ini sememangnya hidup didalam tubuh badan manusia seperti di bahagian usus,faraj dan juga mulut manusia,dan ianya dipanggil sebagai organisma normal flora kerana tidak mendatangkan bahaya jika ianya berada dalam jumlah yang kecil.Kulat Candida Albican adalah kulat yang hidup secara normal flora di bahagian kemaluan dan juga mulut manusia tapi dalam jumlah yang kecil dan tidak menyebabkan simptoms.Namun begitu, jika seseorang itu mengalami sistem pertahanan badan yang lemah seperti menghidap kencing manis, HIV atau lain-lain penyakit, maka kulat ini akan tumbuh berlebihan pada bahagian kemaluan dan seterusnya menyebabkan simptom.

Selain itu, jika pesakit pernah mengambil antibiotik yang broad-spectrum atau penggunaan steroid pada jangka masa panjang, maka mereka juga antara orang yang berisiko mendapat jangkitan ini.Ibu yang mengandung itu sendiri juga cenderung mengalami jangkitan kulat disebabkan perubahan pada sistem pertahanan badan dan juga perubahan keasidan atau pH pada bahagian faraj.


jangkitan kulat Candida Albicans

Pemeriksaan awal yang biasa dilakukan diklinik

Pemeriksaan di klinik doktor biasanya akan bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat tentang simptom pesakit,seperti tentang aktiviti seks dan juga pasangan.Jika anda sudah berkahwin,pemeriksaan seperti per speculum akan dilakukan untuk melihat sendiri jenis cecair keputihan yang terdapat didalam faraj wanita dan kemudian sampel untuk vaginal swab (high vaginal swab) akan diambil.

Ubatan untuk wanita yang masih dara atau belum berkahwin

Biasanya ubat jenis oral atau makan seperti Fluconazole juga boleh diambil,namun ubat jenis ini perlu diambil secara berhati-hati kerana terdapat banyak kesan sampingan.Perlu diingatkan kepada anda,jangan mengambil ubat ini tanpa membuat pemeriksaan dan memperolehi diagnosis yang tepat kerana anda mungkin boleh mengalami resistant terhadap ubat tersebut,jika ini berlaku anda akan menjadi imun dengan ubat tersebut denganerti kata lain ubat yang diberikan tadi tidak memberikan kesan kepada anda. 

Petua untuk hilangkan gatal di kemaluan anda 

Gatal-gatal di kawasan sensitif ini tidak boleh di ambil mudah kerana ramai antara kita menyangka ini mungkin adalah biasa,ianya mungkin alahan kepada peluh atau kurangnya menjaga kebersihan di kawasan tersebut.Tetapi rasa gatal-gatal yang berlarutan mungkin juga petanda awal penyakit diabetis atau pun dijangkiti kuman penyakit kelamin.Jadi sebelum mencuba sebarang petua ataupun ubatan tradisional,Oh kiji nasihatkan sila dapatkan khidmat dari pakar terlebih dahulu.

Berbalik kepada pertua hilangkan gatal,ia boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu perlu direbus didalam periuk dan biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Kemudian ambil 2 gelas air rebusan daun sireh tadi untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau yang masih tinggal didalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Video tentang pembersih kawasan wanita





Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Ketahui punca masalah gatal di kawasan faraj"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.