Kelebihan dan juga kebaikan habbatus sauda kepada kita
Habbatus sauda atau jintan hitam adalah sangat berkesan untuk membantu proses penyembuhan dalam pelbagai penyakit dan mengekalkan badan menjadi sihat .Unsur-unsur yang berada didalamnya berfungsi pada sistem tanpa mengganggu keseimbangan semulajadi badan , jadi ianya tidak akan menyebabkan kesan sampingan pada manusia.
Di samping itu,kebaikan Habbatus sauda bukan sahaja untuk menyembuhkan penyakit yang sedia ada, tetapi juga membantu mencegah kepada penyakit dan gangguan lain pada badan kita.Ini antara seribu keajaiban yang Allah sembunyikan di dalam habbatus sauda, black seed. Tinggal untuk kita yakin dan beramal dengan makanan yang Nabi Muhammad SAW sendiri rekomen untuk kita.
Memandangkan kajian terhadap habbatus sauda ini masih lagi berterusan,masih terdapat banyak lagi rahsia-rahsia habbatus sauda yang belum lagi dibongkar.Dan hasil dari kajian-kajian terdahulu habbatus sauda juga boleh digunakan untuk mengubati masalah jantung, penyakit hati,tekanan darah tinggi,kencing manis,kehilangan rambut,dan lain-lain.
Walaupun ianya belum terbukti secara saintifik,tetapi ianya tidak bermakna bahawa habbatus sauda tidak bermanfaat untuk merawat penyakit yang belum lagi menpunyai ubat yang sesuai untuk dirawat.Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. aku bertanya. “apakah al-sam itu?baginda menjawab, “al-sam itu ialah maut”-riwayat imam bukhari.
Daripada buraidah katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:“Pada habbatus sauda’terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”. -Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
Kenali Habbatus sauda
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara bermusim(1 tahun sekali). Asalnya tumbuh secara liar di negara-negara sekitar mediterranean dan juga negara-negara tenggara asia.Kemudiannya ia ditanam secara meluas di afrika utara terutama Mesir,di selatan eropah di Syria dan sedikit di Asia tengah seperti Iran dan India.
Pokok habbatus sauda tumbuh pada ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan,batangnya berwarna hijau,bulat,berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter,sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.
Dahannya yang bercabang di atas,berbunga lembut di hujung dahan dan selalunya berwarna biru muda dan putih,berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter,jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai.Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang.Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.
Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Di antara bahan kandungan habbatus sauda adalah fixed oil (saturated and unsaturated), minyak asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), alkaloids,saponin serta asid amino.
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah,habbatus sauda dikenali juga sebagai Al habbah al barokah.Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa habbatus sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa kesan sampingan.
Kajian Saintifik Kesan Habbatus Sauda Terhadap Kencing Manis
- Pada 1991 di Kuwait University, keputusan positif turut ditemui daripada pesakit kencing manis tahap 2, mereka tidak lagi bergantung kepada suntikan insulin
- Pada 2002, penyelidik dari Gifu University, Jepun mendapati habbatus sauda mempunyai kesan pemulihan keatas pesakit kencing manis tahap 2
- Pada 2003, sebanyak 3 fakulti yang berlainan di Van, Turki menjalankan kajian habbatus sauda terhadap arnab yang mengalami kencing manis. Hasil kajian mendapati paras gula turun dan kembali pada tahap gula normal
- Pada 2004, Fakulti Perubatan di Zonguldak Karaelmas University, Turki pula menjalankan ujian keatas tikus makmal yang mengalami kencing manis.Hasil kajian adalah sama positif seperti semua kajian sebelumnya.
Habbatus sauda mengandung 40% minyak takasiri dan 1,4% minyak atsiri, 15 jenis asam amino, protein, Ca, Fe, Na dan K. Kandungan aktifnya thymoquinone (TQ), dithymouinone (DTQ), thymohydroquimone (THQ) dan thymol (THY).Dibawah adalah penerangan tentang kandungan-kandungan habbatus sauda.
- Minyak takasiri(santan) ini selalunya kita dapatkan dengan cara memerah buah kelapa dan biasanya digunakan untuk makanan seperti margarin dan sabun.
- Minyak atsiri (esential oil) tersusun dari pelbagai gas kecil seperti karbon (C),hidrogen (H) dan oksigen (O2).
- Asam amino adalah bahan organik yang mengandungi asib amino,asam amino ini dikenali juga sebagai sel pembentuk kehidupan.
- Protein merupakan zat yang diperlukan oleh badan manusia.Sebagai sumber tenaga, protein ialah mikro molekul organik yang mengandungi nitrogen,oksigen,hidrogen, karbon dan sulfur.Protein berfungsi sebagai zat pendorong dan pembangun metabolisme didalam badan.Protein biasanya terdapat didalam daging juga tumbuhan seperti dalam habbatu sauda ini.
- Kalsium merupakan mineral yang berfungsi menguatkan tulang pada badan manusia. Mengambil kalsium ini sama sahaja dengan mencegah dari penyakit osteoporosis (pereputan tulang).Mineral ini dapat kita jumpai di dalam sayuran seperti kobis dan bayam.
- Zat Besi merupakan nutrisi yang penting bagi tubuh kita.Zat besi amat bagus untuk kesihatan kulit dan kuku manusia.
- Natrium merupakan nutrisi penting untuk darah,mengawal keseimbangan air didalam sel, dan juga menjaga fungsi saraf.
Kandungan yang terdapat di dalamnya tersebut memungkinkan si hitam ini dapat menyembuhkan berbagai penyakit sesuai dengan yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits.
Antara khasiat habbatus sauda ini ialah:
- Meningkatkan daya tahan badan (imuniti)
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Memusnahkan tumor
- Mengurangkan risiko pertumbuhan tumor
- Mencegah dan merawat kanser payudara
- Merawat asma
- Meningkat pertumbuhan sel darah merah
- Merawat kanser pankreas
- Anti radang dan rheumatism
Kajian-kajian lain yang telah dibuat membuktikan bahawa habbatus sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang penting,antaranya:
Ianya mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan dan kelancaran bagi pengeluaran susu pada ibu.
Mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pada pembuluh darah di dalam badan. Ini bermakna darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah.Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bakteria),virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan badan daripada dijangkiti penyakit-penyakit kronik.
Habbatus sauda juga dapat melindungi badan dari wujudnya kesan-kesan racun akibat kegunaan “Cisplatin",yang biasanya digunakan didalam rawatan untuk masalah barah.Ubat “Cisplatin” ini sama seperti ubat yang lain yang biasanya digunakan untuk merawat penyakit yang menyebabkan terjadinnya side effects.
Amat berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E coli”, strep.fecalis” dan bacillus subtilis.Habbatus sauda juga bagus dalam melindungi gigi dari terjadinya plak kuning pada gigi dan kereputannya.
Dapat merawat masalah sembilit dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti kolerra,shigella dan E coli yang berupaya melawan beberapa anti body.Ianya juga dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah kita.
Perakuan dari pakar seluruh dunia
“Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Habbatus sauda juga mampu menguatkan sistem kekebalan pada badan manusia.Selain itu ianya juga dapat mempercepatkan pembelahan sel ” - Dr. Stanley, University of Arizona
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.Bahan “Nigellon” yang terdapat didalam habbatus sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan asma dan memberi menafaat didalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
Ia dapat menyembuhkan selsema dan juga boleh merendahkan tekanan darah.Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
Video Kelebihan dan kehebatan habbatus sauda
Rujukan:
- http://niqobgirl.blogspot.com/2013/05/kelebihan-habbatus-sauda-perahan-sejuk.html
- http://www.hafizmohd.com/kesihatan/khasiat-minyak-habbatus-sauda/
- http://goldenherbal.blogspot.com/2010/08/miracle-habbatus-sauda.html
- http://habbatussauda.rawatan.net/habbatus-sauda-ubat-kencing-manis-27
Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "Ketahui khasiat habbatus sauda dan kelebihannya"
Thanks for the info. Banyak khasiat habbatus sauda ni yerp.
p/s: PV blog sehari klo google analytics dalam 1k++ - 2k++ sehari.
sama-sama sis :-D
p/s: alhamdullilah..start serius tarik trafik dgn seo pada bulan 9 baru ni UV dah cecah 1k sehari sekarang,dan average baru 9++ hingga 1k sehari,PV plk average nye 1-2k sehari..masih lagi berhempas pulas untuk capai next target 70k UV/month base on analytic.Tengah semangat ni tgk blogger2 lain..kikikiki
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.