Khasiat madu lebah yang banyak manfaat
Anda tentu pernah meminum madu bukan?rasanya yang teramat manis membuatkannya digunakan banyak didalam apa-apa jenis makanan.Kali ini Oh kiji akan berkongsi dengan anda khasiatnya madu lebah hasil maklumat yang dikumpul oleh saya.Madu lebah bukan sahaja enak dimakan dan diminum begitu sahaja,ianya juga amat kaya dengan khasiat dan juga madu lebah selalunya digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula.
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli.
Madu yang dihasilkan dari lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ianya telah diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'.Hakikatnya,madu lebah ini mempunyai sejarah yang panjang bersama-sama dengan evolusi kehidupan manusia.Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.
Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah).Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan kepada kita.Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum.
Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Menurut Dr susan percival dari jabatan nutrisi manusia dan sains makanan, universiti florida, amerika syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Secara semula jadi,madu amat berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.
Madu lebah didalam perubatan Islam
Madu memang telah dijadikan ubat didalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya daripada 77 penyakit.
“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Seperti dalam perubatan moden,kaedah dan tatacara mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan dan kesesuain dengan penyakit dialami.Jika pengambilan dosnya kurang,ia tidak mengurangkan sakit.Jika pengambilan dosnya berlebihan pula,ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.
Untuk kes-kes tertentu,pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.
Lelaki itu hanya mengambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.
Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi.
Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran.
Ia mampu dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hinggalah kepada yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung.Madu lebah juga sebenarnya dapat menurunkan paras suhu badan kita serta menyediakan dan mengatur rembesan peluh keluar sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.Madu lebah juga dapat menguatkan semangat,menambah kerajinan seperti untuk bekerja dan belajar juga menjaga awet muda dan melancarkan percakapan.
Ia mampu dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hinggalah kepada yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung.Madu lebah juga sebenarnya dapat menurunkan paras suhu badan kita serta menyediakan dan mengatur rembesan peluh keluar sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.Madu lebah juga dapat menguatkan semangat,menambah kerajinan seperti untuk bekerja dan belajar juga menjaga awet muda dan melancarkan percakapan.
Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
Melegakan batuk dan sakit tekak
Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurangkan kesakitan.
Merawat luka-luka kecil dan cedera ringan
Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan. Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Bagus untuk sistem pencernaan dalam badan
Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.
Menjadikan kulit lebih cantik dan halus
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan mengambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.
- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui. Di antaranya, madu dapat:
- Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
- Memulihkan sel-sel urat besar.
- Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
- Merangsang tenaga batin.
- Membersih dan menambah darah.
- Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
- Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
- Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
- Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengelak cacing perosak dalam perut.
- Menambah kelazatan makanan.
- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
- Mudah dan cepat diserap oleh badan.
- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
- Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
- Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
- Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
Madu lebah dengan halia
Halia disebut dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".
Jika madu penuh dengan khasiatnya tersendiri,halia pula berkhasiat membantu penghadaman dan memanaskan badan kita.Jadi dengan gabungan madu dan halia insyallah badan anda akan sentiasa terasa ringan dan bertenaga setiap hari disamping menyihatkan badan.
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.
Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.
- Minum air halia - segelas air panas dicampur beberapa hirisan atau satu sudu halia yg diparut dan satu sudu madu.
- Halia juga ada kesan anti kanser usus dan ovary,
- Halia juga boleh digunakan untuk merawat kelmumur dikepala.Gaul 2 sudu parutan halia dengan 3 sudu minyak zaiton dan perahan separuh lemon.Sapukan pada rambut kepala dan biarkan selama 40 minit sebelum dibasuh.Ulang 3 kali seminggu untuk selama 2 minggu.
- Halia jug boleh mencegah atau mengawal kepala jadi botak akibat dari masalah rambut mudah gugur.Gaul satu sudu perahan halia dengan dengan satu sudu minyak zaiton dan usap pada kepala yang rambut mudah gugur dan biarkan selama 30 minit.Anda akan rasai kepanasan pada kepala kerana darah mula mengalir pada kawasan itu dan ini akan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Mengetahui keaslian madu lebah yang dijual
Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
- Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
- Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
- Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
- Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
- Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
- Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
- Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Cara penyimpanan madu dirumah
Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:
- Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
- Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
- Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara.
- Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.
Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Huraian penciptaan lebah dari segi fizik dan biologi
Rujukan:
- http://www.penawarlagenda.com/index.php/produk/produk-madu/khasiat-madu
- http://www2.hmetro.com.my/articles/1_001khasiatmadu/Article
- http://kizeewattyzainal.blogspot.com/2013/10/kelebihan-dan-khasiat-halia-zanjabil.html
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Pelbagai khasiat madu lebah dengan halia"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.