Cara Mandi Wajib Juga Yang Paling Ringkas


Umat Islam perlu mengetahui cara mandi wajib yang betul. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. 

Cara Mandi Wajib

Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.


Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib 

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  3. Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.


Niat Mandi Wajib (dalam bahasa melayu)

1). Keluar mani atau keluar haid dan nifas 

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. 
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2). Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri 
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3). Mandi disebabkan keluarnya darah nifas 
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Cara mandi

Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan. 

Niat dahulu sebelum mandi. Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu. 

Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri. 

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


Cara Mandi Wajib Paling Ringkas - Ustaz Azhar Idrus

)

Semoga semua ini bermanfaat kepada anda :-). Jika ada sebarang kesilapan silalah komen di bahagian bawah ye..

P/s: Perhatian,Admin mengalami kesukaran untuk menampis iklan yang keluar di bahagian tepi dan atas laman Oh kiji,jika anda menemui iklan yang kurang senonoh ketika membaca artikel ini atau mana-mana artikel didalam Oh Kiji mohon copy link(tak perlu klik) dan paste di bahagian komen dibawah agar pihak admin dapat block ia dari muncul kembali di laman Oh kiji.




Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "Cara Mandi Wajib Juga Yang Paling Ringkas"

Maaf ganggu anda, saya hanya nak membantu. Sape nak kulit wajah cantik, di samping tu tubuh badan sihat, klik sini http://bungablingbling.blogspot.my/2015/10/rahsia-kulit-wajah-cantik-di-samping.html :)

Kalau mandi wajib sebab bersetubuh dengan menggunakan niat nombor 1 diatas.. apa hukumnya??

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.