Putihkan gigi anda dengan arang
Pasti korang semua mengalami masalah ini kan,gigi kuning,berkarat,dan pasti korang semua sibuk mencari cara untuk memutihkan gigi.Paling teruk, gigi kuning adalah petanda yang kesihatan gigi anda berada dalam keadaan yang teruk di mana anda berisiko mendapat berbagai penyakit seperti penyakit gusi dan mulut.Punca utama kepada terjadinya gigi kuning
- Tidak menggosok gigi. Gigi yang tidak bersih akan membuatkan gigi anda menjadi lemah. Gigi yang lemah akan memudahkan kotoran untuk melekat dan seterusnya menyebabkan gigi anda menjadi kuning.
- Minum minuman beralkohol, wain, kopi dan teh secara berlebihan.
- Merokok berlebihan.
- Tidak membersihkan cebisan makanan yang terlekat pada celah–celah gigi. Cebisan makanan akan menjadi asid apabila tidak di bersihkan dan ia akan merosakkan gigi anda dan seterusnya melemahkan gigi. Gigi yang lemah senang untuk kotoran melekat dan gigi anda akan bertukar kepada warna kuning.
- Gigi tidak mendapat zat yang mencukupi untuk kekal kuat. Untuk pengetahuan anda di bahagian luar gigi adalah berwarna putih di mana ia memberi kekuatan kepada gigi manakala di bahagian kedua adalah berwarna kuning. Gigi kuning adalah isyarat kepada kekuatan gigi anda semakin lemah.
- Minum minuman bergula terlalu banyak seperti air kordial dan air berkarbonat.
Selalunya masalah gigi kuning berpunca daripada sikap anda yang tidak mengamalkan pembersihan gigi dengan sepatutnya.
Ada banyak produk memutihkan gigi sebenarnya,ada yang mahal dan ada yang murah(tapi yang murah korang percaya ke,silap2 hancus gigi kan)..yang mahal pulak memang berkesan,tapi onkosnya pulak.Saya tahu pasti yang membaca disini ingin mencari altenatif yang percuma..jadi saya akan cerita cara orang tua dahulu yang memutihkan dengan...
ARANG
Cara-caranya:
1. Ambil seketul arang kayu,tumbuk sehingga hancur.
2. Ambil serbuk arang yang hancur tersebut dan letakan diatas berus gigi korang.
3. Taruk sikit ubat gigi dan terus gosok gigi korang,
Buat selama 3 bulan,dan korang lihat sendiri hasilnya,Nanti jangan lupa bagi testimoni kat sini ye :-D
Rujukan:
http://www.whitelight.my/artikel/punca-gigi-kuning.html
http://www.whitelight.my/artikel/punca-gigi-kuning.html
Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "Cara memutihkan gigi dengan arang"
betul ke ni.. ada sesiapa yang pernah buat tu sila beritahu...
hehe..aku pernah buat..memang jadi..tapi jadi malas..sebad dia bukan kekal lama..sebad aku ni perokok tegar wakaka
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.