Minuman ringan popular dunia ( Coke ) , bukan sekadar minuman penghilang dahaga . Korang mesti tahu kegunaan lain


Jom kita baca apa yang Coke boleh diguna selain diminum

minimun coke

1 - Sebagai pencuci tandas,curahkan setin Coke dalam mangkuk tandas dan biarkan dalam tempoh sejam.Selepas sejam,korang FLUSH.Korang akan dapati kesan kotoran yang melekat pada mangkuk tandas terhakis.Ini disebabkan sejenis asid yg terdapat dalam Coke.Asid ini beri nama Citric Asid,biasanya diguna jika kehabisan sabun pencuci .

2 - Untuk menanggalkan kesan karat pada Bumper ( besi / Chrome ),anda tuangkan je di kawasan berkarat , kemudian ambil berus besi atau berus sinki dan gosokkan kat permukaan karat tadi.Mesti karat karat degil tertanggal disebabkan Coke.Anda juga boleh cari video berkenaan di web Youtube .

3 - Juga boleh melonggarkan biji skru dan nat . Jika nat atau skru sukar dilonggarkan , anda ambil Coke dan tuangkan pada skru tadi . Biasa kn kita selalu pakai WD40 . Anda boleh guna Coke jika tiada WD40..Hehe.

4 - Ambil sehelai tuala kecil,celupkan bersama Coke,lapkan pada cermin yang kotor.Bersih lagi berkilat hasilnya...Hihi.Kalau baju ada kesan minyak degil,susah nak tanggal,curahkan sedikit Coke pada kotoran tadi.Dan tengok hasilnya .

Campuran Coke

Phosphoric asid adalah bahan aktif dalam Coke,ia boleh meleburkan sebatang paku . Ia juga mampu melemahkan kekuatan tulang belakang manusia . Betul ke ? Gua pon tak pasti . Setin Coke juga mempunyai 18 sudu gula.Perrgghhhh.Cuba anda bayang kalau dalam secawan teh anda mengandungi 18 sudu gula.Boleh minum tak agak-agak ?

Anda boleh cubanya sendiri kegunaan Coke diatas,tapi jika ada apa2 risiko,anda tanggung sendiri la ye..Hehe.Patut la bila gua minum je Coke,gua rasa permukaan gigi gua seakan akan macam terhakis je.Sekarang gua dah tinggalkan minuman Coke.Kalau objek yang keras boleh terhakis,apatah lagi isi perut kita kan.Tu jela yang gua nak share untuk anda kali ni .

Jika penulisan gua buruk dan membosankan,anda boleh komen pada kotak komen dibawah bagi tujuan memperbaiki mutu penulisan gua.Gua akan baiki jika terdapat komen2 dari korang sume .






Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Minuman ringan popular dunia ( Coke ) , bukan sekadar minuman penghilang dahaga . Korang mesti tahu kegunaan lain "

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.