Cara hilangkan kehitaman di celah kelangkang - Baca sini sekarang

Cara menghilangkan hitam dan gatal di selangkangan dan miss V

kehitaman di celah kelangkang

Ok kali Oh kiji akan kongsikan cara untuk hilangkan kehitaman di celah kelankangan juga area Miss V bagi kaum wanita(tak perlu malu-malu yer).Kelangkang hitam ni dah jadi masalah biasa dan tidak asing lagi sebenarnya,kiranya kalau diberi 10 wanita asia,5-6 orang pasti mempunyai masalah ini.Tapi ramai terutamanya wanita malaysia yang malu nak tanya tentang cara nak hilangkannya.

Hitam-hitam di kelangkang ni sebenarnya normal untuk orang Asia tenggara.Kita namakan nya mongolian spot,atau dengan nama yang lainnya,hiperpigmentation.Izinkan saya jelaskan sikit macam mana ianya boleh jadi hitam.
satu genetik,yes faktor keturunan juga peyumbang kepada masalah ini,kadang-kadang kehitaman itu sebenarnya dah ada sejak dari lahir lagi dek kerana salasilah keluaga kit yang mempunyai kehitaman dikawasan tersebut.

Kedua ialah kebersihan itu sendiri.Apabila miss v kita tidak bersih,kita akan mula rasa gatal-gatal.Bila dah gatal,kita akan mula menggaru.Dan bila ianya selalu digaru kegatalan tersebut makin melarat.Lama kelamaan ia boleh menyebabkan terjadinya luka di kulit dibahagian kelankang.Maka terjadilah kehitaman.Kita kena pastikan kawasan kelankang dan juga miss v kita tidak mengalami keadaan yang lembab selalu.Kerana kelembapan itu akan membuatkan kulit kita lemas dan tidak boleh bernafas.Pastikan lepas cuci miss v,lap dengan menggunakan towel dulu dan elakan memakai seluar dalam anda waktu basah.



Antara cara-cara rawatan yang boleh anda gunakan

Caranya ialah dengan menyapu losyen bayi (tak kisahlah losyen brand apa pun) di bahagian yang mengalami masalah hitam dengan kerap. Seeloknya losyen disapu setiap kali selepas mandi sebab lepas mandi kulit masih lembut. Jadi cepat lah sikit losyen nak menyerap. Amalkan menyapu losyen ini setiap hari. Insya allah lepas beberapa minggu anda akan mula nampak hasilnya.

Ketahui penyebab penyakit keputihan dan cara atasinya

Bagi langkah pencegahan pula, cara ini sesuai dilakukan sewaktu anda sedang hamil.Sapu scrub di celah peha setiap kali anda mandi. Apa-apa scrub pun boleh.Kalau nak cari yang murah kat Mydin ada jual scrub susu (milk scrub). Harga bawah RM5.00 je.Selepas mandi pula, sapu losyen di celah paha.Kalau ada bahagian badan anda yang lain yang turut mengalami masalah hitam ni, anda boleh buat cara yang sama juga.Bagi mereka yang dah bersalin, cara diatas juga masih boleh digunakan.

hazeline pencerah kehitaman
sumber - http://fadhliahpesol.blogspot.com/

Satu lagi cara yang agak popular ialah dengan memakai hazeline snow.Krim yang selalu dan biasa dijual di farmasi,pasar raya seperti carrefour juga kedai-kedai sensei cina.Selalunya hazeline lightening yang digunakan untuk mencerahkan kawasan yang mengalami kehitaman.

Pengambilan supplement

Cara lain ialah makan supplement L-glutathione 1000mg dengan alpha lipoic acid.Ianya adalah anti oksida dan juga pencerah kulit.Jadi anda tak perlu nak guna krim sapu untuk hilangkan kehitaman tersebut.

Video berkaitan dengan kehitaman di celah kelangkang


Punca masalah gatal dikawasan faraj


Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Cara hilangkan kehitaman di celah kelangkang - Baca sini sekarang"

Assalamualaikum..nak tnya,klu guna losyen brand laen blh x?mksud sya bkn losyen bayi?

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.