Ciri-ciri dan gejala Demam Denggi Berdarah
Ok,pada pos yang lepas oh kiji ada berkongsikan tentang terjadinya punca dan gejala penyakit chikungunya serta cara pencegahannya,pada pos kali ini pula saya akan berkongsi tentang gejala penyakit denggi.Penyakit denggi ini adalah satu penyakit yang berjangkit akibat bawaan dari nyamuk yang merbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga kini belum lagi ada ubat untuk mengubati penyakit ini secara penuh.
Penyakit demam denggi kebiasaanya terjadi di kalangan orang-orang dewasa dan juga kanak-kanak dan ianya berpunca akibat dari gigitan nyamuk aedes.Kebiasaan tanda-tanda sakit adalah pesakit akan mengalami sakit yang teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah yang berada di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah akan berkurangan.Ini akan menyebabkan pesakit mengalami renjatan atau shock dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi ini secara sepenuhnya. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Info:Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka mungkin boleh di jangkiti lebih dari sekali dalam seumur hidupnya.Terdapat 2 jenis penyakit denggi yang umum iaitu:
a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 atau 14 hari sebelum mula menunjukkan tanda-tanda.Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut kemudian melarat lebih dari 2 hari diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile),yang asalnya dijumpai di kawasan tropika.Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda-tanda dan gejala demam berdarah denggi
Gejala demam denggi bermula dengan mengalami demam secara mengejut,sakit kepala teruk,sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ianya juga digelar break-bone fever) dan gatal-gatal.Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah,kulit lengan dan badan,tetapi pada sesetengah pesakit, ada yang merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.Tanda pada kulit yang biasa ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Rawatan utama adalah terapi sokongan.Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu atau tidak mampu minum, tambahan melalui cecair intravena(memasukan jarum bertiup di urat tangan) mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan terlalu banyak.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau melakukan aktiviti berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Langkah-langkah pencegahan
Cara mencegah denggi yang utama ialah dengan menghapuskan atau mengurangkan vektor atau tempat-tempat pembiakan nyamuk pembawa denggi.Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam pasu bunga,kolam ikan yang terbiar,tayar,bekas minuman) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu menghapuskan aedes dewasa dengan mudah.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
- Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Video fogging bagi langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes
Video fogging bagi langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes
Rujukan:
- http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi
- http://kebajikan-selangor.tripod.com/id30.html
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Kenali dan ketahui gejala demam berdarah denggi "
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.