5 jenis sayuran terbaik untuk dimakan setiap hari

Jenis-jenis sayuran terbaik untuk anda makan setiap hari

jenis sayuran terbaik untuk dimakan
Sayur-sayuran adalah satu bahagian penting dalam diet setiap orang.Sayur-sayuran mengandungi berpuluh-puluh nutrisi penting dan mempunyai banyak serat makanan.Dan hanya dengan mendapatkan kuota harian anda iaitu lima hingga sembilan hidangan, anda membantu membina kekebalan badan anda dari penyakit seperti kanser,penyakit jantung dan kencing manis.Jadi sayuran sihat apakah yang anda perlu makan untuk meningkatkan potensi melawan penyakit?sila baca dibawah untuk mengetahuinya.

Tomatowalaupun secara teknikal buah tomato sering disajikan seperti sayur biasa.Ia sebenarnya terkenal dengan keupayaannya untuk melawan penyakit kanser.Buah tomato bukan saja mereka penuh dengan vitamin yang baik (seperti  vitamin A hingga K),tomato juga mengawal tekanan darah dan membantu mengurangkan jumlah sisa terbuang didalam badan kita.

Bunga kobisSayur ini sebenarnya penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan risiko penyakit didalam perut, paru-paru dan juga kanser rektum.Dan kerana sayur ini kaya dengan beta-karotena, vitamin C dan folat, ia juga baik untuk menambah tahap imuniti anda terhadap selsema dan demam.



Kubis - Sayur ini sebenarnya amat sesuai dan penting terutamanya untuk wanita hamil kerana ianya penuh dengan asid folik,vitamin B yang boleh mencegah dari berlakunya kecacatan tiub neural.Kubis juga penuh dengan vitamin C dan K serta serat,kalium dan asid lemak omega 3.

Lobaklobak juga adalah sumber sayur-sayuran yang kaya dengan beberapa antioksidan yang penting, seperti vitamin A.Dan kerana ia kaya dengan vitamin C,lobak melindungi sistem dan daya tahan kardiovaskular anda dari berlakunya sebarang kerosakan.


P/s:Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti.Ia merupakan komponen yang terpenting didalam profil fisiologi manusia. 

Senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam otot rangka terlatih, yang membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja.

Senaman juga memperbaiki sistem pernafasan dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke tisu badan. Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Labukaya dengan nutrisi pencegahan seperti vitamin C dan beta-karotena,labu juga boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti asma,osteoartritis(masalah sendi) dan artritis reumatoid.Labu juga sebenarnya kaya dengan kalium,magnesium dan serat.

Ubi jalarubi mempunyai belasan nutrisi anti kanser seperti vitamin A,C dan manganese. Ubi juga adalah sumber yang baik untuk serat dan zat besi,jadi ubi bukan sahaja hanya memberikan anda tenaga,ianya juga dapat membantu mengawal sistem penghadaman anda.

sayuran
Terung - tinggi dengan nutrisi untuk kesihatan jantung,terung kaya dengan antioksidan seperti nasunin (sejenis sebatian unik yang melindungi sel-sel otak anda daripada kerosakan). Dan kerana terung sarat dengan serat dan kalium,para penyelidik percaya bahawa terung boleh mengurangkan risiko strok dan demensia.

Bawang - Ia adalah anti-bakteria dan anti-virus dan bawang putih segar boleh membantu anda untuk mencegah sesetengah kes keracunan makanan dengan membunuh bakteria E coli dan salmonella.Bawang juga telah disahkan dari kajian bahawa ianya mampu menurunkan tekanan darah dan kolesterol, melindungi jantung, meningkatkan sistem imun, dan mengawal paras gula dalam darah.

Menurut dari penyelidikan,bawang putih juga boleh membantu melindungi daripada kanser payudara,kolon dan beberapa lagi kanser yang lain. Dan mengikut kajian yang dilakukan di Klinik Mayo,bawang putih boleh membunuh sel-sel yang menyebabkan kanser prostat.


Video berkaitan dengan sayur-sayuran





Rujukan:

  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Daya_tahan_kardiovaskular
  2. http://www.sheknows.com/health-and-wellness/articles/808162/top-healthiest-vegetables
  3. http://www.huffingtonpost.com/2014/04/01/best-vegetables-_n_5042989.html


Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "5 jenis sayuran terbaik untuk dimakan setiap hari"

http://ekskuisitbelantara.blogspot.com/2014/11/air-mata-saari-amri.html

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.