penyebab penyakit keputihan dan cara mengatasi keputihan

ketahui penyebab dan cara-cara menghilangkan keputihan pada wanita

penyebab penyakit keputihan

Lanjutan dari pos yang Oh kiji tulis sebelum ini,iaitu tentang masalah gatal dikawasan faraj,kali ini kita akan bincangkan pula salah satu masalah yang sering berlaku pada kaum wanita,dan jika kaum wanita mengalami gatal-gatal di kawasan miss v,masalah ini juga pasti ada terkait dengan kegatalan yang dialami.Dan masalah yang saya ingin tuliskan disini ialah Keputihan.

Mari kenali penyakit keputihan ini


Masalah keputihan atau pun lelehan lendir berwarna putih juga kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia.1 Statistik menunjukkan hampir 70% kaum wanita yang sudah berkahwin dimalaysia berhadapan dengan masalah keputihan.Ramai kaum wanita-wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya akan penyakit keputihan ini malahan mereka selalu menganggap ia sebagai satu tanda-tanda yang kebiasaannya berlaku sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.




Dan menurut dari Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal(HPT),Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah satu masalah normal dan sering berlaku pada semua wanita.Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.


“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut Dr Jaafar lagi, pengeluaran cairan atau lendiran pada kelenjar mulut vagina (faraj) dipengaruhi oleh faktor rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.Pengeluaran cairan pada selaput liang vagina dan rongga rahim dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan berkurang.
“Dalam kes normal, cairan atau lendir daripada ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapi tetap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang bulan,” katanya.

Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih atau pun gembira,wanita hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga, wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan di antara umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.

“Wanita yang mengalami semua tanda di atas tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa asalkan keputihan dialami tidak menyebabkan rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan faktor pemakanan.

Jenis-Jenis Keputihan


Keputihan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan juga keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atautau seakan-akan rupa krim,ianya tidak berbau serta tidak menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.Lendiran yang dikeluarkan adalah amat sedikit dan berbentuk cecair.Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Jadual dibawah akan menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTiada bauBerbau busuk
Jumlah yang dikeluarkanSedikitBanyak
KekerapanSemasa subur dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.


Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.


Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Penyebab terjadinya penyakit keputihan


Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual.

Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.

Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.

Rawatan altenatif untuk masalah keputihan

daun sirih

1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Video Mengatasi masalah keputihan



Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "penyebab penyakit keputihan dan cara mengatasi keputihan"

info yang berguna..thanks

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.