khasiat pisang - 12 sebab mengapa anda perlu memakannya

12 sebab mengapa anda perlu memakan buah pisang

khasiat pisang
Saya jamin anda pasti tidak akan memandang buah pisang sebagai buah-buahan yang biasa lagi selepas mengetahui betapa banyaknya kelebihan tentang buah pisang ini nanti.Pisang boleh melawan tekanan perasaan,mampu menjadikan minda anda cerdas,melegakan sakit-sakit diwaktu pagi,mencegah dari penyakit buah pinggang dan diabetes.Pisang juga boleh menghilangkan rasa gatal akibat gigitan nyamuk dan pecayalah pisang juga boleh mengilatkan kasut anda.



Jika anda fikir pisang hanyalah untuk monyet sahaja,sila fikirkannya kembali...


1.Buah pisang mampu mengatasi masalah kemurungan akibat dari tekanan tinggi asid tryptophan,dimana ianya akan bertukar kepada sisa kimia serotonin(salah satu sisa yang terhasil dari badan manusia dimana ianya bertindak sebagai neurotransmitter dan bertanggunjawab untuk mengawal mood seseorang iaitu tekanan perasaan).

2.Makan 2 biji buah pisang sebelum melakukan senaman bagi memberikan tenaga dan juga mengekalkan kadar gula didalam darah anda.

3.Melindungi daripada masalah kekejangan otot semasa melakukan aktiviti senaman dan kekejangan kaki diwaktu malam.

4.Tingkatkan mood anda dan kurangkan gejala PMS dengan memakan buah pisang,dimana kandungan khasiat pisang  boleh mengawal gula didalam darah dan dan melepaskan serta melegakan stress.

Gejala-gejala atau simptom PMS (physical and emotional symptoms) : jerawat,sengugut,pening kepala,tekanan darah rendah,kemurungan,keresahan,cepat letih,lesu,sukar menumpukan perhatian,hilang keyakinan,cepat lupa,masalah sukar tidur atau insomnia,sakit-sakit otot dan sendi,cepat merasa bimbang,alahan,masalah kulit,masalah penglihatan,payu dara membengkak,perut kembung.

5.Pisang boleh mengurangkan masalah bengkak-bengkak pada badan ataupun sendi, melawan penyakit kencing manis tahap 2,membantu menurunkann berat badan,menguatkan sistem saraf, dan membantu dalam pengeluaran sel-sel darah putih,dan semua ini adalah kerana tahap kandungan vitamin B-6 yang tinggi pada buah pisang itu sendiri.

6.Tinggi dengan kalium dan rendah kandungan garam,buah pisang telah diiktiraf secara rasmi oleh badan FDA kerana ianya dapat membantu dan menurunkan tekanan darah serta mampu melindungi daripada serangan jantung atau pun strok.


Khasiat didalam buah pisang boleh merawat masalah penghadaman


Buah pisang
7.Pisang Kaya dengan pektin,boleh merawat masalah penghadaman dan menyinkirkan toksin dan logam berat dari badan seperti merkuri, plumbum dan aluminium yang berkumpul didalam badan manusia dari masa ke masa dan disyaki boleh menyebabkan terjadinya penyakit berbahaya seperti penyakit jantung,masalah tiroid, demensia, keadaan neurologi, autisme, kemandulan dan kecacatan kelahiran.

8.Pisang bertindak sebagai pre biotik yang merangsang pertumbuhan bakteria baik di dalam usus kita.Mereka juga menghasilkan enzim pencernaan untuk membantu menyerap nutrien.

Kandungan erat yang tinggi didalam buah pisang boleh membantu menormalkan pergerakan usus.

9.Pisang juga boleh melancarkan saluran penghadaman dan membantu mengembalikan elektrolit yang hilang selepas cirit-birit.

10.Pisang adalah anti asid yang semulajadi,ianya boleh memberikan kelegaan daripada masalah acid reflux yang menyebabkan pedih ulu hati dan pedih dada.

11.Hanya buah pisang sahaja mentah yang boleh dimakan tanpa kesusahan untuk melegakan ulser perut dengan menyaluti lapisan perut terhadap asid mengakis.

12.Memakan buah pisang boleh membantu mencegah penyakit kanser buah pinggang, melindungi mata terhadap AMD dan membina tulang yang kuat dengan meningkatkan penyerapan kalsium.


Pisang merupakan buah yang kaya dengan sumber nutrisi.Semua nutrisi dan manfaat sihatnya terhasil secara semula jadi dari kulitnya.Buah pisang termasuk didalam makanan yang mudah dicerna dan memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kita.


Berikut adalah kandungan yang terkandung didalam buah pisang:


  1. Kalium - 1 buah pisang berukuran sedang mengandung sekitar 467 mg kalium (potasium) dan hanya sedikit sodium (natrium) iaitu sekitar 1 mg.Kalium merupakan unsur penting untuk mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, serta masalah lain.
  2. Kalsium - Buah pisang kaya dengan kalsium, 100 gm pisang mampu memberikan 5 mg kalsium kepadan badan kita.Kalsium sangat penting didalam pembentukan serta pemeliharaan kekuatan tulang dan gigi.Selain itu, kalsium juga berfungsi untuk melancarkan pelepasan neurotransmiter dan kawalan otot.
  3. Karbohidrat - Kandungan vitamin dalam pisang sangat tinggi sehinggakan ianya digunakan sebagai sumber makanan untuk mendapatkan tenaga secara cepat.Dalam 100 g pisang mengandungi 22,84 g karbohidrat, gula 12,23 g, dan 2,6 g serat.Kesemua kandungan ini membuatkan pisang sebagai sumber tenaga yang cepat dan mudah dicerna.
  4. Vitamin C - Didalam 100 g pisang telah tersedia hampir 8.7 mg vitamin C untuk tubuh manusia.Vitamin C boleh melindungi badan dari tekanan oksidatif mahupun malnutrisi.Sebagai antioksidan yang kuat,vitamin C membantu tubuh mengendalikan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita.

Video cara membuat Avocado Banana Kale Smoothie




Bahan-bahan

2 pisang (segar atau sejuk beku)
1/2 Avocado,biji dan kulit dibuang
1 1/2 cawan susu 
1/2 - 1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh perisa vanilla 
1 sudu besar madu lebah
1 sudu besar biji chia
1 sudu besar serbuk sari lebah
1 sudu besar mentega kacang (optional)
Sedikit ais

Cara membuat

Letakkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar.Kemudian kisarkan semua bahan-bahan yang diletakan tadi pada kelajuan tinggi selama setengah minit.

Rujukan:


  1. http://www.amazine.co/23221/ketahui-7-nutrisi-penting-kandungan-kalori-dalam-pisang/
  2. https://www.youtube.com/watch?v=Ko2O6Tr5Igo


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "khasiat pisang - 12 sebab mengapa anda perlu memakannya"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.