Jom baca khasiat dan manfaat bawang putih kepada kita semua
Ok kali ini Oh kiji akan berkongsi pula kepada anda tentang khasiat dan juga manfaat dari bawang putih.Bawang putih yang kita ketahui selalunya digunakan didalam masakan harian bagi semua masyarakat di negara ini.Tapi tahukah anda akan khasiatnya?apakah manfaatnya kepada kita selain menyedapkan makanan?ketahui semuanya dengan membaca maklumat yang telah dikumpul dan ditulis semula dari saya.
Anda tahu bawang putih sangat berbau tetapi ianya selau digunakan sebagai penambah rasa untuk hidangan makanan oleh semua orang.Tahukah anda seulas bawang putih sebenarnya penuh dengan manfaat untuk kesihatan kita.
Anda tahu bawang putih sangat berbau tetapi ianya selau digunakan sebagai penambah rasa untuk hidangan makanan oleh semua orang.Tahukah anda seulas bawang putih sebenarnya penuh dengan manfaat untuk kesihatan kita.
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.Mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi pada badan kita mampu untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang lain iaitu bawang besar, bawang merah dan kucai.Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia semenjak beribu tahun dulu didalam perubatan dan masakan.
Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan malaysia.Sebelum dipakai sebagai ramuan,bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau atau ditumbuk sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng.Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih sama juga seperti bawang merah dan bawang besar dimana ianya mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja.Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.
Asal usul bawang putih
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan,Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran,Afghanistan dan juga Pakistan.Ia adalah tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiak bakaan tumbuhan sejak dari zaman duhulu kala.Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di negara china dan juga korea.
Tanaman ini kurang sesuai di malaysia yang dimana mempunyai iklim lembab dan banyak hujan yang akan memudahkan serangan penyakit kepada bawang putih.Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah china diikuti dengan india,korea,rusia dan amerika syarikat. Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.
Antara khasiat dan manfaat bawang putih...
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan kesannya.Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.
Mengurangkan risiko angin ahmar.Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
Mengurangkan risiko kanser.Kaya dengan anti oksidan seperti selenium,bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.Satu lagi vitamin yang terdapat di dalam bawang putih adalah Vitamin B6 .
Petua orang lain: saya nak kongsi khasiat bawang putih ni. kalau kena patuk ular tumbuk halus dan campur dengan air panas minum, insyaAllah bisa tak jalan dan tak bengkak, tapi kena pergi hospital juga la untuk rawatan susulan kerana kita ada penawar kat hospital nanti orang kata kita tak moden pulak.
Kalau hendak goreng daging yang berbau wangi,kopek bawang putih,ketuk sampai peyek kemudian goreng dahulu bawang putih sampai naik bau,masukkan daging.Selepas itu daging tadi boleh dimasak mengikut menu masing-masing seperti daging masak merah.Gunakan sahaja minyak gorengan tadi.
Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.Kajian juga mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
Hama tanaman yang berwarna putih dan atau berwarna hitam selalunya akan menyerang pokok tanaman atau hiasan.hHama tidak suka pada bawang putih. Jadi untuk menghalang ianya menyerang tanaman kesayangan tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan sedikit minyak masak,air,dan sabun cair.Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.
Bawang putih merupakan ramuan semula jadi bagi menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung anti oksidan yang dapat membunuh bakteria.Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulitnya dan juga dibelah pada jerawat di wajah secara perlahan-lahan dan dibiarkan sehingga kering.Kemudian bilas wajah dengan air.
Beberapa kandungan didalam bawang putih adalah antioksidan dimana ianya akan membantu badan kita dengan menyinkirkan dengan sendirinya sisa-sia buangan yang dikenali sebagai radikal bebas yang terbentuk semasa penghadaman atau selepas terdedah kepada toksin.
Radikal bebas ini boleh meningkatkan risiko aterosklerosis,atau pengerasan arteri ,yang selalunya menjadi penyumbang utama kepada penyakit arteri koronari,Persatuan Jantung Amerika berkata masalah ini adalah paling ketara belaku pada lelaki yang berumur lebih dari 45 tahun.
Satu kajian pada tahun 2010 yang telah disiarkan didalam "Current Pharmaceutical Design" bahawa hasil kajian daripada 53 ujian klinikal dengan pelbagai ubat ubatan dan herba mendapati bahawa pengambilan bawang putih boleh membantu merendahkan kolesterol didalam darah.Tahap kolesterol yang tinggi juga boleh menyumbang kepada masalah aterosklerosis dan penyakit arteri koronari.
Pakar dari Pusat Perubatan Universiti Maryland menyatakan bahawa bawang putih juga mempunyai kandungan penipisan darah dimana ianya melambatkan proses berlakunya pembentukan darah beku dan berpotensi membantu dengan merendahkan risiko berlakunya strok dan masalah peredaran darah yang lain.
Anda boleh meningkatkan pengambilan khasiat bawang putih yang sihat dengan selalu memakannya secara mentah,atau yang telah dihancurkan atau dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi bawang putih.
Kebaikan bawang putih kepada kaum lelaki
Walaupun khasiatnya ini boleh menjadi satu makanan tambahan untuk kedua dua jantina,ia sebenarnya boleh menjadi sangat berguna dan bermanfaat bagi kaum lelaki untuk menghindari daripada risiko penyakit kronik yang tertentu,termasuk penyakit prostat dan masalah kardiovaskular .Beberapa kandungan didalam bawang putih adalah antioksidan dimana ianya akan membantu badan kita dengan menyinkirkan dengan sendirinya sisa-sia buangan yang dikenali sebagai radikal bebas yang terbentuk semasa penghadaman atau selepas terdedah kepada toksin.
Radikal bebas ini boleh meningkatkan risiko aterosklerosis,atau pengerasan arteri ,yang selalunya menjadi penyumbang utama kepada penyakit arteri koronari,Persatuan Jantung Amerika berkata masalah ini adalah paling ketara belaku pada lelaki yang berumur lebih dari 45 tahun.
Satu kajian pada tahun 2010 yang telah disiarkan didalam "Current Pharmaceutical Design" bahawa hasil kajian daripada 53 ujian klinikal dengan pelbagai ubat ubatan dan herba mendapati bahawa pengambilan bawang putih boleh membantu merendahkan kolesterol didalam darah.Tahap kolesterol yang tinggi juga boleh menyumbang kepada masalah aterosklerosis dan penyakit arteri koronari.
Pakar dari Pusat Perubatan Universiti Maryland menyatakan bahawa bawang putih juga mempunyai kandungan penipisan darah dimana ianya melambatkan proses berlakunya pembentukan darah beku dan berpotensi membantu dengan merendahkan risiko berlakunya strok dan masalah peredaran darah yang lain.
Anda boleh meningkatkan pengambilan khasiat bawang putih yang sihat dengan selalu memakannya secara mentah,atau yang telah dihancurkan atau dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi bawang putih.
Video manfaat bawang putih
Rujukan :
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih
- http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=290&cat=HERBA
- http://anizyn.blogspot.com/2014/03/bawang-putih-banyak-khasiat-dan-manfaat.html
- http://hspkpyu.moh.gov.my/infosihat.item.79/khasiat-bawang-putih.html
Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "khasiat dan manfaat bawang putih"
nicee :)
Saya kini batuk berkahak lebih beberapa tahun...bnk artikel nytakan bawang putih bakar boleh merawat batuk ini...insyallah baru 3 hari sehari sebiji bawang putih bakar saya makan
TQVM
Rahman Zarim
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.