kebaikan minyak bawang putih

Salam semua..sekarang ni dah start musim demam dah...wife saya pun dah terkena dengan penyakit demam ni..Bukan sekadar demam sahaja tau,siap sekali dengan selsema lagi tu.Tapi jangan bimbang yer,sebab saya nak kongsikan 1 pertua menarik kepada korang..dan pasti korang terkejut sebab banyak khasiat bawang putih ni sebenarnya. 

So dalam pos kali ni korang akan belajar
  • Membuat minyak bawang putih
  • Mengetahui akan kelebihannya
  • Menyembuhkan demam dengan bawang putih
  • Dan cara pengambilannya

Bila selsema ni mesti dapat pakej sekali sakit tekak dan batuk kan.Alhamdulillah saya tak terkena demam dan selsema ni.Cuma ada batuk yang belum baik.

Saya cuba bagi wife minum madu asli(adik ipar saya seorang pencari madu,so senang la nak dapatkan madu asli ni).

Selepas diberikan madu,keadaan wife saya api macam tad ada nampak perubahan pun.Then kebetulan pak mertua saya dirumah,dia cadangkan guna minyak dari bawang putih.

So saya cuba la petua tradisional yang diberikan oleh pak mertua saya ni iaitu "minyak bawang putih".Dan kebetulan pula saya duduk depan laptop,apa lagi search la dulu..

Jumpa la satu blog pos dari Mama Zahra,menariknya apa yang diceritakan didalam blog Mama Zahra Qhayra sama sahaja dengan apa yang pak mertua saya beritahu.So saya tanpa melengahkan masa pos la artikel ini didalam blog Oh kiji ngeh..ngeh..
minyak bawang putih

kebaikan minyak yang diperbuat dari bawang putih

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi.Minyak ini boleh disapu ke dada,dibelakang badan bayi,tapak kaki serta ubun-ubun dan juga cuping telinga bayi bagi merawat selsema atau pun batuk.

Ia juga boleh mengurangkan kesakitan pada perut.Sapu sahaja minyak dekat kawasan yang sakit.Ianya juga boleh dijadikan minyak urut.,Dan kalau korang terasa pening kepala, inshaallah sakit tu akan hilang selepas terhidu bau dari minyak bawang putih ini.

Selain tu,boleh juga buat rawatan steam.Cara dia titiskan sedikit minyak ke dalam baldi air panas. Lepas tu wapkan ke muka.Tersangat elok untuk selsema,batuk,resdung atau gatal-gatal muka dan sakit mata.

Cara nak buat Minyak

1. Korang perlu bakar bawang putih dengan api yang kecil.Tujuan dia sebab kita tak nak dia jadi hangus.

Kalau ada alamai batuk serta berkahak amat sesuai sekali korang kunyah bawang putih yang dibakar ni.

2. Apabila dah siap dibakar,Korang perlu tumbuk bawang putih tu sampai hancur.

3. Kemudian ambil sedikit minyak masak dan campurkannya dengan bawang tadi.

Cara pakai boleh disapu pada batang hidung,dada dan tapak kaki seperti yang diceritakan dibahagian kebaikan minyak diatas.

Ok semoga pos kebaikan minyak bawang putih ini dapat memberikan manfaat kepada korang yer..ok la selamat mencuba yer...



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "kebaikan minyak bawang putih"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.