panduan cara buat duit dengan adsense yang simple

Teknik Istimewa khas untuk yang ingin belajar cara buat duit dengan adsense!

Salam,ok kali ini saya nak share 1 teknik yang sangat simple bagi yang ingin belajar cara -cara menjana duit dengan program adsense.Didalam artikel ini korang akan bakal mempelajari. 
google play store
  • Cara mudah mencari keyword untuk blog adsense korang.
  • Cara menjadikan blog korang menerima backlink berkualiti secara pelahan-pelahan dan konsisten tanpa perlu korang buat sendiri.

Saya Reveal Khas kepada korang teknik ini berdasarkan dari pengalaman saya sendiri


Mencari keyword yang ingin digunakan dalam blog adsense


korang akan gunakan laman google play dan pergi dibahagian games dan pilih new release game.Dengan mengunakan laman Google play korang akan dapat melihat dan juga memilih pelbagai aplikasi dan juga permainan khas untuk os android.Tapi teknik yang kita nak gunakan ini hanya mengfokuskan kepada permainan telefon sahaja.

So dengan mengunakan teknik ini,korang telah pun berada didalam niche games smartphone untuk os android.Korang akan pilih mana-mana permainan android yang baru dikeluarkan atau pun yang sedang trending didalam play store.

Apa yang perlu korang buat sekarang ialah pilih 1 permainan yang baru atau sedang trending kemudian ambil nama permainan tersebut dan korang bina blog berdasarkan nama permainan tadi.

Tema kata kunci utama yang korang akan gunakan disini ialah "nama permainan+guide".Bagi memberikan gambaran yang jelas,saya berikan korang 1 contoh ..so yang boleh korang ambil sekarang ialah clash of clans guide,cuba korang search sekarang di google..dan tengok result yang berada disenarai google.

Ok..kat atas tu gambar ss yang saya ambil,kalau korang lihat rata-rata laman web yang berada disenarai google sekarang adalah laman yang mengfokuskan panduan cara bermain permainan clash of clans ini.Sekarang mari kita tengok laman web yang berada diposisi no 1..ini url lamannya www.clashofclansguidehq.com/..kita tengok apa yang terkandung didalamnya dan juga cara dia monetize dengan laman tersebut.


tadaaa...tengok iklan apekah yang duduk disidebar dia?...ianya adalah iklan adsense.So laman ini dimonetize dengan program adsense..perhatikan artikel-artikel yang terkandung didalam blog ini..semuanya hanya berkait dengan clash of clans sahaja.

Ok..sekarang mari lihat jumlah carian sebulan di seluruh dunia dan juga persaingan dilaman goole untuk kata kunci clash of clans guide ini ..saya akan gunakan keyword revealer bagi tujuan ini.
Ok..sekarang kalau dilihat dari keputusan keyword revealer,kata kunci clash of clans guide ini mempunyai carian sebanyak 27,100 sebulan dan mempunyai anggaran nilai cpc $2.18.Manakala untuk meter kesukaran bagi persaingan pula KR memberikan nilai 31 dan memberitahu ianya adalah tahap serdahana kesukarannya.Manakala trend carian untuk kata kunci ini masih lagi tinggi dan tiada tanda-tanda penurunan drastik.

Ini bermakna permainan COC ini masih lagi HOT dan popular diseluruh dunia pada ketika ini.Kalau korang tanya pendapat saya tentang kata kunci ini sesuai diambil atau tidak selepas melihat data dari KR...saya akan jawab kata kunci ini masih lagi boleh diambil dan digunakan untuk blog adsense.

Actually takder pun cara buat analisa kata kunci didalam pos ini sebenarnya,kerana method yang saya kongsikan ini tidak memerlukan korang buat kajian kata kunci kerana permainan baru yang korang pilih itu sebenarnya takder lagi carian malahan persaingan pun takder lansung.

So kalau korang update blog korang tu dengan 7 artikel pun dan siram dengan backlinks tak sampai sebulan pun dah terpacak di muka depan google dengan kata kunci "nama permainan+guide" ini.Ok berbalik pada analisa kata kunci tadi...

Ini antara sebab-sebab kenapa saya akan ambil kata kunci ini

  • kerana kebanyakan PA pada laman-laman yang berada didalam senarai muka hadapan google dibawah 35.(terdapat 5 laman web mempunyai PA bawah 35)
  • majoriti laman web yang berada disenarai muka depan google tiada kata kunci di title dan url mereka..(ini pertanda bahawa mereka tidak di mengoptimasi untuk kata kunci clash of clans guide)
  • Majoriti laman-laman yang berada disenarai tersebut mempunyai jumlah backlinks bawah 300.
  • Meter tahap kesukaran keyword revealer menunjukan 31.Metrik yang selalu menjadi rujukan saya ialah jikalau meter KR memberikan keputusan lebih dari 33 saya akan abaikan kata kunci tersebut,tapi untuk kata kunci ini ianya masih dibawah 33.
So itulah secara kasar antara sebab-sebab saya akan memilih kata kunci coc guide ini.Masih ada lagi beberapa analisa lain yang belum saya lakukan seperti kualiti backlink yang dimiliki oleh laman-laman yang berada disenarai tersebut..tapi saya yakin boleh kalau nak mencelah tu kakakaka...lagi-lagi terdapat dua laman yang sama disitu..

Dan saya yakin 3 laman blog yang berada didalam senarai tersebut mengunakan salah satu cara seo yang dikenali sebagai PBN.Jadi itulah serba sedikit tentang analisa..kalau korang nak try masuk market dan tidak mahu memilih permainan yang baru keluar atau pun baru trending dan sebaliknya ingin memilih permainan yang telah pun menjadi popular korang boleh guna rules saya diatas atau mana-mana rules yang korang selalu gunakan ketika melakukan kajian kata kunci.

Berbalik semula kepada topik method yang saya kongsikan didalam pos ini,kalau korang lihat laman yang berada diposisi no 2,ianya adalah laman wiki tentang clash of clans..dan laman wiki tersebut juga dimonetize dengan program adsense.

Sekarang cuba korang bayangkan kalau la korang buat blog tentang COC guide ini ketika ianya pertama kali muncul di play store atau pun ketika ianya mula menjadi trending dikalangan pengguna os android pasti laman blog korang itu telah pun berada di muka hadapan sekarang ini bukan....oh ye..mana yang tak kenal dengan permainan COC ni korang boleh tengok video bawah ni..

pengakuan jujur: tahun 2012 lepas saya dengan wife merupakan kaki coc tegar jugak,dekat 2 tahun melayan game ni..last kiteorang stop dan jual akaun coc kami kepada orang lain..berhantu game ni..banyak duit kiteorang terbang gara-gara coc ni kakakaka...

Actually kalau korang nak masuk dan cuba berlawan dengan laman-laman sekarang ini pun boleh jer..cuma ianya menjadi lebih mudah ketika ianya masih lagi di peringkat baru dan mula hendak meningkat menjadi popular..

Ingat yer...kata kunci utama korang akan gunakan ialah nama permainan+guide.Tak kira la permainan apa sekali pun tapi tema kata kuncinya mesti seperti yang saya beritahu diatas tadi ye.Kalau korang kreatif korang boleh guna versi lain selain guide..

Gunakan permainan yang kurang persaingan dan bina blog


Sekali lagi saya galakan korang untuk gunakan permainan yang baru keluar di dalam Google Play Store.Ini akan akan memudahkan kerja korang untuk melakukan seo bagi menempatkan laman korang nanti supaya ianya ranking dan berada di posisi teratas dimuka hadapan google kerana kebiasaanya permainan baru ini masih lagi belum mempunyai persaingan hebat...jadi hasilnya pun akan dapat lihat dengan cepat..tapi earningnya memang tak akan masuk lagi hinggalah permainan tersebut menjadi popular.

Sekarang korang perlu membina laman blog.Disini saya sarankan orang gunakan blogspot sahaja..kerana korang tak nak menangung sebarang kerugian daripada pembelian domain name jika terdapat laman-laman blog yang korang bina nanti gagal.


Masukan 20-30 artikel yang berkaitan dengan permainan korang pilih itu.Dan pastikan setiap artikel korang masukan itu di optimasi dengan on page seo sepenuhnya..Untuk artikel ini korang boleh gunakan kata kunci yang terdapat dibahagian search related seperti gambar diatas. 

Berikan backlink supaya korang kekal menjadi jaguh

Bila persaingan masih belum banyak korang boleh menjadi jaguh dari awal-awal lagi selepas itu korang kenalah buat artikel yang super berkualiti seperti panjang artikel melebihi dari 500 patah perkataan,mempunyai video dan menceritakan secara terperinci cara bermain permainan tersebut.

Kenapa korang perlu buat seperti yang saya katakan diatas..jawapanya ialah bila kandungan korang sangat berkualiti,50% berkemungkinan blogger atau individu lain terutamanya bakal perminat tegar kepada permainan baru ini akan mengambil kandungan yang korang tulis itu sama ada secara curation atau pun tidak dan digunakan didalam pelbagai medium yang lain.

Medium yang dimaksudkan tadi adalah seperti dikongsikan didalam laman sosial facebook,G+,twitter dan forum.Dan ianya mungkin ada dikalangan peminat-peminat tegar permainan itu sendiri nanti yang akan membina sebuah blog khas berkaitan dengan permainan tersebut dan mengunakan artikel korang dan dipublishkan didalam blog mereka, dan mereka ini selalunya akan memberikan link ke blog korang semula bagi bertujuan untuk bakal pengunjung-pengunjung blog mereka nanti pergi melakukan rujukan.

Dan kemungkinan ada diantara mereka yang berada didalam sesebuah forum dan sedang melakukan perbincangan tentang permainan tersebut dan salah seorang daripada mereka mungkin meletakan link ke blog korang sebagai rujukan untuk ahli-ahli forum lain.


Side note: Kalau korang jenis malas nak buat content super bermanfaat lagi power tetapi masih mahu laman blog sentiasa kekal berada di muka depan google,pastikan korang berikan variasi backlinks yang secukupnya..dan make sure PA laman blog korang mendapat 25 keatas dalam masa 2-3 bulan.

Ini semua semestinya akan memberikan kebaikan serta kelebihan dimana blog korang ini nanti akan mula menerima backlinks yang relevan dengan niche permainan korang gunakan itu.Semakin lama semakin banyak korang akan dapat link-link dari laman-laman blog dan web lain dan ini akan terus membuatkan blog korang lama-kelamaan mendapat sedikit authority yang berkaitan dengan topik permainan tersebut.

Kesannya blog korang bersama pos-pos artikel didalamnya akan mula mendaki dan ranking di muka hadapan google secara sendirinya dengan keyword-keywordnya yang tersendiri lebih-lebih keyword long tail, dan ini akan kekal sehinggalah google ada melakukan apa-apa perubahan pada algonya dimasa akan datang atau persaing baru muncul.

Disclaimer: saya ingin nyatakan kepada korang,method yang kita gunakan ini sebenarnya tidak berpandukan kepada nilai carian sebulan dek kerana faktor permainan yang korang akan gunakan untuk buat blog ini masih lagi baru..so cariannya mungkin rendah atau pun tiada lansung pada permulaan DAN JUGA ianya mungkin juga akan terus kekal dengan jumlah carian sebulan yang rendah dek kerana faktor-faktor permainan baru itu sendiri seperti dari segi ianya menjadi popular atau pun kurang popular dikalangan perminat permainan android smartphone(kalau permainan tu x popular nak buat camner kan..kite kate nextttt je la).

So apa yang saya ingin kata kat sini,kalau korang guna method ini untuk buat blog dan jana dengan adsense,KEMUNGKINAN blog yang korang buat itu berjaya dan akan menerima organik trafik yang banyak sebulan ATAU PUN JUGA BERKEMUNGKINAN blog korang itu juga akan GAGAL dimana ianya tidak akan menerima trafik lansung atau pun hanya menerima trafik yang sangat rendah(maybe sekitar 10-20 UV sebulan) dan sila gunakan laman blogspot kerana korang tak nak nanti korang rugi dari pembelian domain name jika ada blog-blog korang nanti gagal.

Ok salam semua ikhlas dari Jejaka Penyu....



Artikel yang berkaitan




Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "panduan cara buat duit dengan adsense yang simple"

Wahh bagusnya ni .. hehehe.. pernah terfikir dah hari tu bila blog kini boleh didapati menerusi google play. hoho

memang terbaik...memang akan menjadi sumber rujukan blog ni lepas ni

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.