18 tool produktiviti terbaik untuk kegunaan harian anda

Senarai tool produktiviti terbaik untuk kegunaan didalam tugasan dan aktiviti harian anda

produktiviti
Jika anda sedang mencari aplikasi-aplikasi sama ada untuk smart phone atau pun web base yang paling terbaik untuk meningkatkan produktiviti didalam tugasan harian anda,anda boleh cuba dengan tool yang tersenarai dibawah ini.
produktiviti 2

Nota atau Memo(pssst..sentiasa catat idea anda dengan segera)

gambar ever note


  • Ever Note : 1 aplikasi terbaik untuk anda tulis nota ataupun memo
  • ClipBoard : Clip laman web atau pun blog kegemaran anda dan simpankannya disini.Anda juga boleh berkongsi Clip anda dengan orang lain juga.
  • Remember The Milk : Kalau dilihat dari segi namanya saja pun kita dah boleh agak,anda boleh gunakannya untuk membuat senarai  perkara penting dan bawanya bersama dengan anda.
  • Bucketlistly : Ok,aplikasi ni tidak disediakan untuk pengguna Android,ianya hanya lah untuk IOS,tapi anda masih lagi boleh gunakannya melalui laman webnya.

Email Produktiviti (Web base)...tak payah nak nak layan lama-lama..

  • The Email Game : bermain dengan email didalam inbox anda,baca semua email baru dengan count down timer. 

Fail hosting dan laman perkongsian untuk kegunaan peribadi..simpan ditempat selamat..laptop meletup?hp hilang?semuanya sudah di backup!

storan awan

  • Dropbox : Salah satu yang paling saya suka,saya gunakannya untuk menyimpan segala fail,data,ebook dan juga salinan sijil saya sendiri didalam ini.DropBox mempunyai banyak kelebihannya tersendiri.
  • Mega : Mega memberikan anda 50 GB secara percuma.Ianya umpama mempunyai 1 cakera keras yang berada didalam storan awan(Cloud storage).Cuma kekurangan mega ialah ianya tidak mempunyai program untuk mengupload,anda perlu mengunakan web browser untuk mengupload fail.
  • Google Drive : Anda boleh berkongsi fail yang bersaiz besar dengan Google Drive yang bersambung dengan akaun Gmail anda.
  • OneDrive dari Microsoft : Jika anda penguna hotmail,outlook anda boleh mencuba dengan yang ini.
  • Box : Sama seperti dropbox,anda diberikan 10 gb secara percuma.
  • We Transfer : Hantar fail besar sehingga 2 gb kepada rakan-rakan anda.
  • Droplr : Satu lagi tempat terbaik untuk menyimpan fail dan berkongsi secara online.
  • Ge.tt : Anda boleh lampirkan faiz yang bersaiz besar di Gmail atau Outlook dengan mengunakan Get.tt.

Laman web terbaik untuk presentation anda yang cantik,simple dan mudah dibawa kemana...


  • Prezi.com : Jadikan presentation anda lebih kreatif lagi dengan prezi.Buatkan boss anda merasa bangga dengan anda.
  • Virsual.ly : Pergi dan lihat infogarafik yang menarik disini,anda pasti akan sukakannya.
  • Lovelycharts.com : Dengan lovelycharts anda boleh membuat carta aliran,peta lama,aliran bisnes dan carta organisasi.
  • Slideshare : Ini ialah laman tempat yang paling saya suka,disini anda boleh buat serta berkongsi slide anda atau dokumen lain dan anda juga boleh letakan viseo youtube didalam slide show anda.
  • Infogram : salah 1 laman terbaik untuk membuat info grafik secara percuma

oh kiji logo


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "18 tool produktiviti terbaik untuk kegunaan harian anda"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.