Cara memilih produk lazada untuk dipromosikan

Tutorial untuk memilih produk Lazada yang terbaik dan promosikannya didalam blog post

Cara memilih produk lazada
Ok,kepada yang baru sahaja mendaftar sebagai affiliate dengan lazada,pastinya anda akan mula meletakan banner yang disediakan oleh pihak lazada bukan.Dah dapat kod banner kemudian pasangkan di tepi blog atau pun atas blog anda.

Tapi anda tahu tak selain mengunakan banner,anda juga boleh promosikan produk lazada ni secara individu.Secara individu ni maknanya anda pilih produk mana yang anda rasa paling terbaik kemudian buat review pasal produk tersebut didalam blog pos anda mahu pun kongsikan terus link produk tersebut dimana-mana laman yang anda inginkan.

Bagi yang baru mula menjadi affiliate lazada ni,nak cari produk secara individu ni agak sukar sedikit.Kerana tiada tutorial yang spesifik untuk membantu mereka memudahkan dalam memilih produk lazada untuk dipromosikan.

Bagi yang belum lagi menjadi affiliate dengan lazada anda boleh daftar di link dibawah,permohonan anda akan direview terlebih dahulu,dan mengambil masa lebih dari sehari jugak.


>> Klik sini untuk daftar <<


Untuk permulaan anda pergi ke https://lazada.hasoffers.com dan login ke ruangan publisher anda seperti dibawah.
Klik gamba untuk besarkannya
Kemudian anda nampak kolum offers bawah dashboard tu,klik situ dan pilih "Data-feed".
Kemudian anda akan dibawa ke page dibawah ini
Ok apa sebenarnya Data feed ni?seperti yang diterangkan didalam fail tutorial data feed yang disertakan oleh pihak lazada,data feed ini ialah feed dari laman lazada sendiri yang mengandungi data seperti tracking link(link affiliate),maklumat produk,harga produk dan juga diskaun produk jika ianya mempunyai diskaun.

Dan data feed ini diupdate oleh pihak lazada setiap 6 jam sekali iaitu bermula pada jam 2am,8am,2pm dan 8pm bagi memberikan anda maklumat dan data yang tepat bagi memudahkan proses promosi anda dilakukan nanti.

Dengan data ni anda boleh gunakan atau kongsikan dengan menghantar link laman spesifik khas untuk produk yang anda promosikan kepada prospek anda sama ada melalui email,facebook share dll.Ianya juga bertujuan untuk membantu anda menaikan nilai CTR ke produk yang anda promosikan nanti.

Muat turun Data Feed produk lazada malaysia


Untuk mula muat turun data feed ni,anda hanya perlu klik link yang telah disediakan berserta negara,dalam hal ini jika anda mempromosikan didalam malaysia dan mahukan data dari lazada malaysia anda perlu pilih "malaysia" kemudian pilih jenis data produk yang anda inginkan.

Seperti yang anda lihat didalam gambar diatas,terdapat 4 jenis data yang disediakan untuk lazada malaysia iaitu:

  1. Non electronic
  2. Electronic part 1
  3. Electronic part 2(termasuk semua promosi yang berlaku didalam semua kategori)
  4. Top 1000 products (semua kategori)
Anda boleh muat turun kesemuanya atau pun pilih salah satu darinya.Ketika data feed ini dimuat turun,format failnya ialalh XML.Jadi jika anda cuba membukanya dengan hanya klik maka secara defaultnya fail data feed akan terbuka di browser anda.
banyak kali download daaa
Ini akan menyukarkan anda untuk melakukan  atau pun melihat data-data produk yang terkandung didalamnya.Jadi cara yang betul untuk membuka fail data feed.xml ini ialah dengan membuka terlebih dahulu tool microsoft excel.
Klik "open" dan cari fail data feed yang anda download tadi
Sebelum fail tadi tebuka excel akan keluarkan pop up dan bertanyakan soalan bagaimana fail tersebut akan dibuka.Sila lihat gambar dibawah.
tickkan pada as an xml table,yang lain abaikan dan klik ok
Dan inilah hasilnya...


Banyak kerja jadinya kan,mungkin dimasa akan datang pihak lazada akan buat satu sistem bagi memudahkan para affiliate memilih produk mereka untuk dipromosikan nanti.Ok lah salam


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Cara memilih produk lazada untuk dipromosikan"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.