Sekumpulan lelaki ini dikejar oleh hantu yang berbongkok

Kejadian misteri dimana Sekumpulan lelaki ini telah dikejar oleh hantu yang berbongkok

hantu putih mengejar orang
satu video didalam youtube yang memaparkan satu kejadian misteri dimana sekumpulan lelaki yang berada didalam kereta mula tersebar luas.Video yang bersurasi 2 minit 50 saat ini memaparkan satu lembaga atau pun hantu seolah-olah lelaki tua bertongkat dan memakai kain putih mengejar mereka yang ketika itu sedang cuba melalui sebuah jalan di sebuah kawasan yang dikenali oleh orang ramai disitu sebagai tempat keras di Blackburn, England.

Video ini yang diposkan khamis lalu di laman youtube dengan tanpa sebarang penjelasan menunjukan bagaimana sekumpulan lelaki yang berada didalam kereta menjerit kepada pemandu untuk mengundurkan kereta mereka dengan cepat(didalam bahasa arab) apabila lembaga putih itu cuba mengejar mereka.

Penduduk yang tinggal dikawasan itu berkata,lembaga tersebut mungkin sami yang telah mati dibunuh di menara turton pada tahun 1643.Dan dikatakan hantu sami tersebut hanya muncul sekali setiap awal januari setiap tahun.

Ada yang berpendapat bahawa video ini sebenarnya palsu,ada yang mengatakan juga ianya sebuah projek video dari sekumpulan pelajar.Tetapi kesahihannya masih lagi menjadi misteri.



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Sekumpulan lelaki ini dikejar oleh hantu yang berbongkok"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.