Cara buat duit dengan lazada dan pengalaman kami

Jom belajar cara buat duit dengan affiliate lazada malaysia

lazada malaysia
Ok sekarang ni tengah pemes pasal orang buat duit sebagai affiliate dengan lazada malaysia.Ramai sekarang duk register sebagai affiliate lazada lepas duk tengok blogger-blogger hebat dalam malaysia tunjuk hasil earning dari lazada ni.




Encik Titan : http://ahmadfaizal.com/2014/10/24/harihari-dapat-email-cinta-dari-lazada/

Eyriqazz : http://www.eyriqazz.com/2014/09/income-pertama-dari-program-affiliate-lazada-malaysia.html
En Arman : http://www.encikarman.com/2014/12/siri-panduan-buat-duit-affiliate-lazada.html?m=0
Banyak lagi lah kalau nak tunjuk kat sini...

Oh kiji pun tak terkecuali,tengok orang duk monetize blog dengan affiliate lazada,apa salahnya kami mencuba jugak kan,ruangan advertising pun masih banyak kosong sebab tak bukak lagi tawaran pengiklanan pada mana-mana pihak atau individu,al maklum la trafik masih belum cukup target lagi.

Alhamdullilah,permohonan kami untuk menjadi affiliate dengan lazada diluluskan(ambil masa 2 hari jugak tunggu reply email dari pihak lazada).So sekarang tengok jela kat atas blog ni dengan sidebar kanan bawah sekali...tadaaaaaa...ada iklan Lazada.


Pengalaman kami yang pening-pening


Tapi masa mula-mula nak pasang iklan lazada ni,kami ada jumpa 2 masalah kecik,kirannya kecik jela tapi boleh jadi fening jugak tau.Ape idaknye kite blog majoriti trafiknya dari malaysia,tapi iklan banner yang kami pasang sebelum ni memaparkan lazada indonesia kok.

Alih-alih trafiknya bikin klik sama itu banner di redirectnya kok sama itu lazada.co.id(indonesia)..wadus-wadus..dekat seminggu jugak la kami biarkan,sebab dalam kepala "oh mungkin lazada tak update lagi kot affiliate id untuk oh kiji ke lazada malaysia.

Tapi lepas seminggu situasi tetap sama,try contact affiliate manager lazada rupa-rupanya kite orang salah ambik banner,banner yang kami paparkan sebenarnya memang banner untuk lazada indonesia...bengong betul..muahaha..

so untuk tak nak korang jadi fening-fening macam kite orang ni jugak,kami ambil keputusan buat 1 tutorial untuk sape-sape la yang nak mendaftar jadi affiliate dengan lazada dan kemudian promosikannya untuk menjana duit.


Tutorial mendaftar menjadi affiliate Lazada



Mula-mula pergi ke link sebelah dan daftar sebagai affiliate,isi semua maklumat anda didalam borang pemohonan tersebut.Pemohonan anda sama ada diterima atau tidak biasanya dalam 1 hari juga dan mungkin 2 hari  : Daftar sebagai affiliate lazada (ini link referal oh kiji,kalau tak boleh link ini,just pergi ke lazada.co.my dan pergi ke bawah sekali dan cari link program affiliate).
Selepas pemohonan anda lulus(make sure check email,sebab pihak lazada akan hantar email untuk status pemohonan anda) login ke ruangan publisher lazada disini : http://lazada.hasoffers.com/..bila selesai login anda akan dibawa ke ruangan seperti dibawah.


Cubalah godek-godek terlebih dahulu dan update info mana-mana tentang anda yang anda belum masukan sebelumnya.

Sekarang pergi ke kolum "tools" dan pilih "ad groups".Kat sini anda akan memilih kod iklan banner anda untuk dipaparkan didalam blog anda nanti.

Sebelum anda pilih mana-mana kod dibawah anda perlu search kod banner lazada malaysia dengan menaip "MY" di ruangan search terlebih dahulu.(kotak kosong sebelah "change status") ata pun anda boleh view list kod dibawah dengan klik link balik kanan sekali dan pilih paparkan 200.Ambil dari no 457 hingga ke no 737,ini ialah kod banner untuk lazada malaysia atau singkatan dia "MY".
So nanti jangan ngade-ngade lepas pi dekat tools>>ad groups terus grap kod banner yang mula-mula terpampang disitu,mentang-mentang la ada tulis "ID" kat depan tu.Ingat tu,yang ada tulis "ID" tu sebenarnya untuk indonesia,bukan id kod affiliate or ntah ape-ape ye. pi ambik kod banner yang ada "MY" je,pilih dulu kategori apa yang anda rase ingin promote kemudian pastekan diblog anda.

Mula promosikan lazada


Ok kalau bab pemasaran ni banyak,tapi disini kami senaraikan 3 cara(yang diambil dari blog www.encikarman.com) yang anda boleh gunakan:

Guna medium facebook

Lebih kurang sama gak dengan promosi baut duit dengan 8 share, guna facebook sebagai tempat promosi.
http://www.encikarman.com/2014/10/tip-buat-duit-dengan-lazada.html

Memang berkesan mengikut pengalaman saya le. Saya join group-group facebook yang ramai orang - group pasal smartphone, kereta, hartanah, komuniti ( lain kali nak join group student plak le, terlepas pandang plak group nih ).

Jadi promosikan produk yang sesuai di group tertentu. Sebagai contoh, power bank murah promosikan kat group smartphone samsung, apple atau HTC. Jadi mereka ni kumpulan sasaran kita untuk dapat sale.

Banner kat blog

Banner lazada kat blog juga membantu. Bila ada banner baru, sila gunakan, jangan guna banner yang lama lagih.

Walaupun nampak maca takde kesan banner nih terhadap sale, tetapi jangan nafikan keberkesanannya.

Sekurang-kurangnya visitor tahu tengah ada sale kat lazada walaupun dia tak klik banner tuh. Ini membantu produk review kat post blog.

Buat review produk

Ramai suka buat review produk kat lazada ni. Cari produk yang boleh terjual dan tulis review berkenaan produk tersebut. Jangan lupa masukkan elemen seo dalam review produk lazada nih, boleh boleh lawan dengan pakar-pakar seo di Malaysia nih. - En Arman

(sumber: http://www.encikarman.com/2014/10/tip-buat-duit-dengan-lazada.html)

Ok itu sahaja lah yer...pos ini akan diupdate semula jika saya mempunyai kelapangan masa nanti.Bye.


Anda suka tak dengan pos ini?
4 komen untuk "Cara buat duit dengan lazada dan pengalaman kami"

assalamualaikum...
klu nk register tu gne fon ja boleh ka?...
& buat promosi bagai tu just guna fon?

btw saya byk kali try link daftar tu x boleh...so sbnarnya gne fon nk dftar x boleh erk?

Saya pun tak pasti,tapi time daftar dulu saya pakai laptop.Try daftar guna laptop atau pc,maybe ade certain page browser phone x dapat nak bukak kot..

Saya pun baru nak belajar buat duit dengan lazada ni.

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.