Kenali bekam dan kebaikan berbekam

Mari kita kenali apa itu bekam dan kebaikan berbekam

berbekam
Penyakit yang muncul selalunya banyak berpunca daripada darah didalam badan kita yang tidak lagi berfungsi dan berguna kepada badan kita.Dan oleh kerana ianya tiada lagi fungsi maka akhirnya darah tersebut akan menjadi racun yang boleh menyebabkan banyak masalah yang akan timbul pada badan kita. 

Jika tidak dibuangkan toksin ini (kekotoran atau keracunan),lama-kelamaan badan kita tidak lagi boleh bertahan dengan serangan,dan akhirnya terjadilah pelbagai penyakit iaitu seperti buah pinggang,kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit yang merbahaya kepada kita semua.

Jadi apakah penyelesain kepada masalah ini?


Berbekam boleh membantu kita semua..


1.1 Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

1.2 Daripada Nafiq r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama (lendir) dan balgham (lemak)".
Berbekam menyembuhkan penyakit dalam masa yang singkat, Insya'Allah. Amalan berbekam dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit dan dapat menjaga kesihatan badan untuk beribadah.

Apa itu bekam

rawatan bekam
Bekam adalah satu rawatan terapi bagi pencegahan penyakit dengan cara mengeluarkan darah kotor,beracun,mati dan yang berpenyakit dari dalam tubuh melalui permukaan kulit kita.

Amalan berbekam ini sebenarnya berasal dari timur tengah sejak zaman kenabian. Praktek bekam telah dilakukan sejak berabad-abad yang lalu.

Kaedah bekam ini adalah kaedah yang dituntut dalam Islam kerana ianya sunnah.Kaedah bekam darah ini menggunakan set bekam dan melakukan sedikit tusukan pada permukaan kulit untuk mengeluarkan toksid dan darah kotor dari badan. 


Berbekam merupakan satu rawatan untuk mengeluarkan penyakit,membersihkan dan meningkatkan kualiti serta melancarkan peredaran darah didalam tubuh kita. 



Dengan melakukan bekam sistem imutasi didalam badan kita akan meningkat dan tubuh akan lebih kebal/tahan dari serangan-serangan berbagai jenis penyakit.

Disamping itu, Rasulullah SAW juga menyatakan dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa "Sebaik-baik pengubatan yang anda lakukan adalah dengan hijamah (bekam)"

Kaedah ini mampu mengubati hampir 93 jenis penyakit seperti:
  • Asma (lelah)
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Lemah jantung
  • Strok
  • Migrain/pitam/sakit kepala
  • Demam/batuk/selsema
  • Resdung/jerawat batu
  • Kencing tak lawas
  • Gaut/bisa-bisa sendi/tulang
  • Sakit pinggang
  • Kebas
  • Mandul
  • Lenguh-lenguh
  • Lepas bersalin
  • Terlalu gemuk/obesiti
  • Lemah tenaga batin
  • Senggugut/haid tidak teratur
  • Sakit buah pinggang
  • Sembelit/buasir
  • Gastrik
  • Sakit perut/angin
  • Kanser payudara/rahim/keputihan
  • Masalah semasa mengandung
  • sihir/jin/syaitan
  • penyakit kronik dan banyak lagi

Bekam untuk pesakit kronik 



Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Pendapat ini tidak benar, kerana ramai pesakit kencing manis kronik yang dirawat melalui bekam dan pesakit tersebut telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah bekam ini. 

Seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu. 

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka. 

“Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan kata lain...berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,”

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. 

Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih. 


27 senarai kebaikan berbekam


  1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
  3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
  4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
  5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
  6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
  8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
  9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
  10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
  11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
  12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
  13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
  14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
  15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
  16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
  18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
  20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
  21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
  23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
  24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
  25. Hilangkan stress dan tekanan
  26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi   SAW
  27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil

Video tentang rawatan bekam





Sumber:

  1. http://bekamreflex.blogspot.com/p/kebaikan-bekam.html
  2. http://www.bekam.net/faq.html
  3. http://madirfamily.blogspot.com/2012/09/apa-itu-bekam.html
  4. https://azlinda2.wordpress.com/tag/27-kebaikan-berbekam-untuk-meningkatkan-tahap-kesihatan-anda-lelaki-dan-wanita-muslim-digalakkan-berbekam-sebulan-sekali-hadith-hadith-berkaitan-bekam-hijamah-dari-ibnu-abbas-r-a/


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Kenali bekam dan kebaikan berbekam"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.