Gejala keputihan tanda awal hamil

Keputihan tanda awal kehamilan



keputihan tanda awal hamil

Soalan yang biasa ditanya oleh kaum wanita ketika hamil adalah: adakah keputihan yg banyak sebelum period adalah tanda-tanda awal hamil dan kebiasaanya soalan ini keputihan ini datang bersama dengan sakit ''senak'' di bahagian peranakan seperti rasa kebas di bahagian kanan pinggang,rasa seperti cream di bawah perut.adakah gejala ini tanda-tanda awal kehamilan?dan dibawah hasil telahan oh kiji mencari jawapan dari doktor.

Jawapan:

Lendir atau keputihan yang dihasilkan sebelum waktu perioad selalunya hanya boleh diguna pakai sebagai satu petunjuk peningkatan tahap kesuburan kita,tetapi untuk dibuat sebagai rujukan  tanda-tanda awal kehamilan amatlah tidak sesuai.Ini kerana ianya berkemungkinan keputihan yang disertai rasa tidak selesa lebih-lebih lagi di bahagian perut bahagian bawah adakalanya berpunca dari masalah jangkitan sama ada baik di saluran kencing atau di kawasan faraj kita, adalah lebih baik untuk anda pergi melakukan pemeriksaan air kencing terlebih dahulu bagi mengetahui adakah saluran kencing anda dijangkiti atau dan sekaligus melakukan pemeriksaan kehamilan anda disana.

Perihal masalah keputihan ini

Masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.



JernihSekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.


Baca sini untuk mengetahui penyebab pemasalah keputihan

PutihLain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.


Putih PekatSekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

CoklatLelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

Merah mudaBagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Tambahan: antara simtom-simtom yang lain adalah:
  • Jerawat atau ruam di sekitar muka - seperti terasa nak period.
  • Hari yang sepatutnya period keluar darah tapi warna sekan coklat. 
  • mula rasa loya nak termuntah dan pening-pening. Malamnya itu demam.

Video tanda-tanda awal kehamilan




Ketahui punca masalah kegatalan faraj disini


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Gejala keputihan tanda awal hamil"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.