Ketahui tentang penyakit chikungunya dan gejalanya jika ianya ada berlaku kepada anda
Penyebab lain yang penyakit ini ialah akibat kurangnya menjaga kebersihan lingkungan sekitar dan biasanya nyamuk akan berkembang biak di dalam tempat-tempat yang banyak takungan air seperti tempat sampah(daun,sisa bekas makanan,tadahan plastik),takungan air yang terdapat pada barang-barang bekas dan sebagainya.
Kenali dengan lebih dekat penyakit Chikungunya
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan daripada nyamuk.Penyakit chikungunya yang pertama kali dikesan adalah melalui dari ujian darah yang dilakukan dinegara Tanzania pada tahun 1953.Semenjak itu ia berlaku di negara-negara afrika,asia dan juga di beberapa buah tempat di negara eropah.Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus alphavirus di dalam keluarga togaviridae.
Virus chikungunya selalunya berjangkit melalui dari gigitan nyamuk spesies aedes albopictus atau pun aedes aegypti.Nyamuk aedes ini juga adalah ejen penyebaran bagi virus yang selalunya berlaku dimalaysia,iaitu penyakit demam denggi.
Chikungunya dapat dikesan dengan melalui ujian darah.Memandangkan gejala penyakit chikungunya dan denggi berdarah adalah sama,maka pengesahan ujian darah di hospital adalah penting,apatah lagi jika di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin akan mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.
Tanda-tanda dijangkiti oleh penyakit ini
Penyakit ini dapat dikesan dengan timbulnya gejala seperti rasa sakit pada bahagia-bahagia sendi.Rasa sakit yang muncul pada bahagia sendi merupakan gejala awal yang selalunya muncul ketika pesakit sedang mengalami deman.Antara gejala lain ialah:
Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
- Demam
- Kesejukan terlampau(mengigil)
- Sakit kepala
- Merasa etih
- Loya-loya
- Selalu muntah-muntah
- Sakit otot
- Kemuculan ruam-ruam pada kulit
Pesakit penyakit ini biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.Jangan lupa,chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.
Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.Penyakit chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.Di Malaysia,chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.Apakah rawatan bagi penyakit ini?seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus lain, ianya tiada rawatan yang khusus.Dan selalunya rawatan yang diberkan adlahi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit lain.Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.Tiada vaksin bagi penyakit ini.Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit chikungunya,orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
Cara pencegahan penyakit Chikungunya
Gunakan krim penghalau nyamuk pada kulit yang terdedah jika anda ingin melakukan aktiviti diluar rumah atau ditempat seperti semak atau pun tempat yang selalunya mempunyai nyamuk yang banyak.Pakai baju yang berlengan panjang dan seluar panjang,Jika boleh kurangkan berada di tempat tempat-tempat nyamuk berkumpul ketika waktu senja(6pm-7pm).
Sentiasa membersihkan kawasan persekitaran rumah anda supaya ianya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.Ini boleh dilakukan dengan melalui aktiviti gotong royong bersama keluaga atau jiran-jiran.Hasil dari pemerhatian jabatan kesihatan malaysia,kawasan yang sering dilakukan gotong royong tidak mempunyai laporan dan kes terbaru.Jadi sentiasa periksa rumah dan persekitaran rumah anda sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes.
Rawatan
{ada masa ini masih lagi tiada ubat atau pun vaksin untuk rawatan demam chikungunya.Walau bagaimanapun dengan banyak berehat,mengambil dan memakan makanan berzat,banyak meminum air dan mengambil ubat penahan sakit,ianya boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan akibat dari kesan penyakit ini.Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan kadar segera.
Apa perbezaan antara demam denggi dan penyakit chikungunya ini...
Chikungunya tidak ada pendarahan hebat seperti denggi tahap kritikal mahupun kematian.Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan berterusan di hospital,penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari.
Video tentang punca dan gejala chikungunya
Cikungunya - Gejala,penyebab dan cara Mengubatinya |
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Ketahui punca dan gejala chikungunya "
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.