3 cara menganalisa persaingan kata kunci

3 cara menganalisa tahap kesukaran persaingan kata kunci yang dipilih

Salam semua..malam ni rasa nak update 1 lagi artikel,kalau semalam saya kongsikan cara buat duit dengan adsense,pos yang ini pula saya kongsikan cara saya gunakan untuk menganalisa tahap persaingan kata kunci.

Ok dalam pos kali ini korang akan bakal belajar:
  • cara mengunakan keyword revealer
  • cara menganalisa tahap persaingan kata kunci yang dipilih
  • tool-tool yang digunakan oleh saya dan yang boleh korang gunakan
  • rules yang digunakan saya ketika analisa kata kunci
  • 2 google search string yang selalu digunakan oleh IM lain ketika analisa kata kunci

Kalau ikutkan nak postpone yang ni,tapi disebab kan blog oh kiji pun lama dah tak update pos baru so saya terpaksa update jugak malam ni..maybe pertengahan bulan depan pula kalau saya update pos baru.Sekarang memang saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja online saya yang lain..terlalu banyak projek yang berjalan dan akan dijalankan..so tak dapat nak fokus mana dah pada oh kiji.(psst..kalau korang ade jumpe ape-ape dengan laman,video dll dengan logo atau intro yang tertera oh kiji network dalam internet ni,tu kami la tu..so jgn lupe kasi kiss sekali yer..kikiki)

Tapi apa-apa pun,tujuan asal sebenar blog ini iaitu cubaan untuk menjana earning dengan blog berbahasa melayu telah pun tercapai,yang tinggal hanyalah perkongsian dari segi ilmu mahu pun cerita-cerita santai sahaja.Insyallah ada kelapangan saya atau partner saya kongsikan juga didalam pos terbaru nanti.Ok kita teruskan ke perkongsian didalam pos ini.
cara menganalisa persaingan kata kunci

Kalau nak diikutkan banyak sebenarnya cara yang dilakukan untuk menganalisa tahap persaingan kata kunci yang telah dipilih oleh kita.Tapi apa yang saya tuliskan disini hanyalah teknik yang saya tahu dan digunakan oleh saya sahaja..

1.Mengunakan Keyword Revealer - Keyword revealer ini mengunakan data-data dari laman MOZ seperti PA,DA,Backlinks untuk membuat pengiraan tahap kesukaran persaingan bagi sesuatu kata kunci itu.Nak cerita lebih-lebih tentang macam mana KR buat calculation untuk dapat jumlah tahap persaingan kata kunci  ni saya tak reti jugak.

Pergi ke laman keyword revealer,kemudian masukan kata kunci yang telah dipilih selepas melakukan proses keyword brainstorming.Masukan kata kunci yang ingin di analisa di kotak kosong kemudian pilih negara yang ingin disasarkan kemudian klik butang submit.
Keyword Revealer
Kemudian korang akan melihat segala maklumat tentang laman-laman web yang ranking dimuka hadapan google dengan kata kunci yang korang tengah buat analisa tersebut.
Pekara pertama yang saya lihat terlebih dahulu ialah nombor persaingan yang tertera di meter persaingan.Jika ianya melebihi 33 keatas saya akan abaikan dan lakukan analisa pada kata kunci lain pula.Tetapi jika KR menunjukan angka 33 ke bawah saya akan terus kepada rules yang berikutnya.. 

(nota - rule nombor 33 ini sebenarnya bukan pengukur yang kekal,kadang-kadang saya gunakan 35 keatas..so terpulang kepada korang mana yang korang rasa selesa)

Rules yang digunakan saya:

  • Majoriti laman mempunyai PA bawah dari 33 (jika PA menunjukan 1,bahagikan DA kepada 2 bagi mendapatkan anggaran PA tersebut)
  • Majoriti laman mempunyai Jumlah backlinks bawah 300(boleh gunakan ahrefs atau majestic)
  • Majoriti laman Tiada kata kunci berada didalam title
  • Majoriti laman Tiada kata kunci berada didalam URL
  • Trend kata kunci menaik atau spike yang konsisten(kata kunci yang mempunyai trend spike konsisten adalah kata kunci bermusim dimana ianya digunakan ketika musim-musim tertentu yang biasanya setahun sekali atau sebeulan sekali seperti perayaan dan event yang tertentu.)

Saya ada menemui satu lagi web base tool percuma yang seakan keyword revealer,walaupun ada sedikit perbezaan dari jumlah nombor untuk tahap kesukaran tetapi tool ini masih lagi boleh digunakan jika korang malas nak guna keyword revealer kerana data-data yang digunakannya juga daripada metriks MOZ. - Klik sini untuk mencubannya
2.Manual dengan toolbar Ahrefs dan MOZ - Ini ialah cara yang saya juga gunakan jika saya tidak mengunakan keyword revealer.Selepas kata kunci saya pilih di google keyword planner saya terus melakukan carian di google.Dengan mengunakan toolbar ahrefs(toolbar ahrefs ni baru lagi,sebelum ni check direct terus je kelaman dia) dan juga MOZ saya akan lakukan analisa secara manual tetapi masih berpandukan dengan rules yang saya gunakan dengan keyword revealer.

Apa yang membezakan disini ialah cara ini takder penunjuk meter kikiki..tapi kalau malas nak login dengan KR inilah cara saya selalu gunakan.Semua toolbar tersebut saya pasang di browser mozilla sahaja...so bila time nak buat kerja analisa baru la saya pakai browser mozilla,kalau xder ape2 saya just guna chrome mcm skrg ni..tgh menulis artikel kikikiki

3.Quote Search - Jika saya ingin gunakan teknik ini,saya akan gunakannya sebagai penapis atau filter untuk tapis kata kunci yang saya pilih itu bagi mengurangkan lagi jumlah persaingan agar saya boleh mendapat keputusan dengan lebih cepat lagi.

Dengan kata lainnya makin kurang laman yang mengoptimasi kata kunci yang saya pilih itu makin cepat laman saya boleh berada diposisi teratas jika faktor-faktor analisa laman top 10 pun turut lulus.

  • Versi 1 - Jumlah page digoogle dengan kata kunci yang "diquote" bawah 300,000 dan allintitle:kata kunci bawah 10,000.
  • Versi 2 - Jumlah page digoogle dengan kata kunci yang "diquote" bawah 300.

Untuk versi yang kedua diatas korang perlu melakukan carian dengan "quote",kemudian apa yang korang perlu buat ialah pergi ke page yang paling terakhir untuk mendapatkan jumlah page yang sebenar.

Selepas korang lakukan teknik diatas sama ada versi 1 atau versi kedua tu,korang kena pergi balik dan melihat pula kelaman hadapan untuk menganalisa 10 laman yang ranking dengan kata kunci yang korang pilih tu..part yang ni korang jangan gunakan quote.

Walaupun korang telah melakukan tapisan dengan mengunakan teknik diatas,korang juga tetap kena melakukan analisa pada laman-laman yang berada dimuka hadapan dengan mengunakan rules yang saya gunakan ketika mengunakan tool seperti KR atau pun toolbar.

Ini bermakna korang tidak boleh mengangap selepas melakukan analisa kata kunci dengan cara diatas sudah pun dapat mengetahui tahap persaingan kata kunci yang korang pilih itu.

Kerana untuk mengira tahap persaingan sama ada sukar atau tidak untuk berada diposisi top 10 korang kena lihat dan buat analisa pada laman-laman yang berada disenarai top 10 hadapan google..kerana laman-laman inilah persaing korang yang sebenar.

Teknik yang diceritakan diatas tadi hanyalah sekadar bertindak sebagai filter atau penapis untuk tujuan memilih kata kunci yang tidak terlalu crowded dengan laman page lain.. less crowd take less time to rank..itu je fungsi dia..

Idealnya dengan mengunakan teknik quote diatas tersebut kita dapat mengetahui jumlah sebenar laman yang berada didalam google yang mengandungi kata kunci yang korang sasarkan.

  • Logik pengunaan "kata kunci yang diquote" - dengan mengunakan search string ini google akan menunjukan jumlah laman page yang mengandungi kata kunci didalam kandungan dan juga title page.
  • Logik pengunaan "allintitle:kata kunci" - dengan mengunakan search string ini google akan menunjukan jumlah laman page yang mempunyai kata kunci di title sahaja.


Jika seseorang itu juga sama seperti korang dimana dia ingin mensasarkan page yang mengandungi kata kunci yang dipilih itu ranking di muka depan google,dia pastinya akan meletakan kata kunci tersebut di title juga.

Jadi dengan pengunaan allintitle ini kita dapat menilai sama ada ianya sudah terlalu ramai yang menyasarkan kata kunci tersebut atau pun tidak.

Selain daripada cara-cara dan tool yang ditulis diatas terdapat lagi beberapa tool lain yang boleh digunakan untuk melakukan analisa persaingan kata kunci seperti long tail pro(saya lebih prefer dengan KR),market samurai,keyword canine,semrush dan beberapa lagi teknik tanpa tool yang lain.

Semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Dan semua tool dan teknik ini termasuk juga yang saya tulis tidak boleh dianggap 100% tepat.Dan ianya semua terpulang kepada individu itu sendiri juga.

Percayakah korang tanpa melakukan analisa kata kunci pun korang still boleh rankingkan laman blog dan menerima trafik organik dari google kemudian menjana pendapatan darinya.Nanti jika ada kesempatan saya kongsikan cara tersebut disini yer..ok la sampai sini sahaja dahulu..mata dah kuyu dah..salam semua.....




Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "3 cara menganalisa persaingan kata kunci"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.