Kisah tragis dengan affiliate Amazon

Salam semua,lama benar saya tidak update post dalam blog ni,seperti yang diberitahu dahulu,saya akan sibuk dengan projek lain dimana oh kiji ni saya akan kurang memberi tumpuan.

So apa yang berlaku selama saya tidak melakukan update didalam blog ini,isk..isk..panjang bebenor ceritenya ni,tapi saya cube story jugak la,hehehe..


Bermulanya Kisah tragis dengan affiliate Amazon


Kisah tragis dengan affiliate AmazonBermula pada bulan 3 lepas saya mula mengfokuskan kepada kerja-kerja affiliate dengan Amazon.com,time tu tergerak hati saya nak fokus pada amazon dengan mengunakan laman niche.

Sebelum ini kerja-kerja ni wife saya je yang buat,alaa..kerja senang,pilih produk cun dalam Amazon,buat video then upload ke dalam youtube.Lepas tu letak link affiliate didalam description youtube.

Simple je kan,itu la kerja wife saya dulu,hinggakan pada satu tahap dia mula menjana USD2k sebulan,so ini membuatkan rasa ingin membesarkan lagi earning dari amazon ni,konon-konon dengan gabungan super husband ni nak la targetnya 4k sebulan dari laman-laman niche yang saya akan bina nanti,dan dibawah adalah earning terakhir sebelum berlaku satu kejadian yang amat tragis..



See..itu adalah komisen pada bulan 3 dan terakhir kerana akaun Amazon yang saya apply pada tahun 2008 lagi ini telah di BAN! oleh pihak Amazon..oh sadis...sob..sob.. :-(..

Still menjadi misteri lagi kenapa ianya diban,kerana alasan yang dihantar oleh pihak Amazon ke email saya ialah saya melakukan kesalahan link cloaking yang saya sendiri pun tak tahu cloaking celah mana,sebab semua link yang digunakan oleh wife saya didalam semua description youtubenya adalah shorten link dari Amazon sendiri.

Tak der medium pemasaran lain selain youtube sahaja yang digunakan,so saya mengambil kesimpulan mengunakan youtube video dan meletakan link amazon direct terus ke Amazon adalah menjadi 1 kesalahan.(tapi kalau kalau link didalam description youtube pergi kelaman web/blog yang kita monetize dengan Amazon ianya tidak menjadi kesalah).

So apa saya buat lepas kejadian tersebut?off cause la saya bangkit balik dengan membuat 1 laman blog dimana semua link-link didalam video youtube saya directkan ke laman baru ini.Bayangkan dalam masa sebulan saya buat 1 laman khas untuk amazon ini dan kemudian apply akaun Amazon baru.

Apply amazon sekarang dah bukan macam dulu lagi tau,kalau dulu kita buat 1 laman web,siap bina laman kita akan apply then secara automatiknya kita akan mendapat akaun affiliate amazon.Tapi kini tidak lagi.

Dengan polisi baru ianya umpama seperti memohon akaun adsense yang baru(kalau yang kaki adsense tu atau pernah apply akaun adsense diorang pasti tahu bertapa cerewet dan sukarnya nak dapatkan akaun adsense yang full approve).

Dan amazon juga sama seperti adsense tapi lebih cerewet lagi,kalau korang dah sedia ada trafik didalam blog maybe korang akan approve dalam masa yang singkat,tapi kalau takder memang lambat la.Sebab apa..ok ni step dia..

  • Lepas korang siap laman khas untuk amazon ini korang akan pergi ke amazon dan apply sebagai affiliate.
  • Lepas tu pihak amazon akan review(yang ni rasanya ala kadar je diorang tengok,dan ada kalanya yang nak apply akaun baru boleh disapprove kat sini serta merta jika laman yang digunakan ketika apply tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki pihak amazon.
  • Kalau laman web korang ok diorang akan bagi pre approve akaun associates amazon,yang ni bukan full approve lagi tau,diorang mahu korang refer 1 sale terlebih dahulu kepada Amazon baru diorang akan review balik,yang ni akan direview secara penuh.
  • Bila korang dah berjaya bawak 1 sale kepada mereka belum bermakna korang dah approve yer,diorang akan check balik laman korang ni macam mana.Kalau laman korang ok barulah diaorang approve full kepada korang dan korang akan dapat 1 email ucapan tahniah.
Saya apply 3 kali pada bulan 4 lepas dimana yang first saya kandas awal-awal,saya rasa mungkin ianya sebab saya mengunakan domain blogspot.Kemudian saya buat balik kali ni saya gunakan TLD,apply balik,first step lepas,second step saya kena bawak 1 sale kepada diorang dimana saya berjaya dapat sale dalam masa 4 hari.

Tapi lepas saya bawak 1 sale diorang review,laman saya tadi tak lepas kerana hampir 90% kandungan dilaman web saya tadi tidak menepati ciri-ciri yang mereka mahukan.Nasib la mereka memberi perluang kedua dengan menyuruh saya melakukan pengubahan dan penambahan kandungan ke laman tersebut.

So saya buat apa yang mereka inginkan,apply balik dengan email sama dan laman yang sama,kalai mereka berikan ID yang lain dan saya dikehendaki mewa 1 sale balik untuk mereka mula membuat review ke laman web saya ini.

Dalam masa seminggu alhamdulillah,saya berjaya dapatkan 1 sale,dan diorang mula membuat review dimana keesokannya permohonan saya sebagai affiliate Amazon telah diluluskan.Syukur..

So hari ni rasa nak update skit dalam oh kiji ni,saya just kongsi 1 lagi ilmu menjana duit diinternet.Kali ini saya nak share cara buat duit dengan Amazon pula.Untuk panduan duit dengan amazon ni saya buatkan satu pos dan page khas dimana ianya ditulis secara step by step untuk korang belajar tentang cara menjana pendapatan sebagai affiliate Amazon.

Dengan perkongsian ini saya berharap mendapat berkat didalam segala hal yang dilakukan oleh saya,dan dengan perkongsian ilmu ini juga korang akan mendapat banyak manfaat.Ok untuk mula mempelajarinya korang boleh klik je terus link dibawah ye.




Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Kisah tragis dengan affiliate Amazon"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.