Kegunaan bawang putih dalam kehidupan seharian
Kali ini Oh Kiji akan berkongsi kepada anda artikel tentang kegunaan bawang yang selalu kita gunakan dalam masakan,iaitu bawang putih.Bawang putih atau nama saintifiknya allium sativum merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga alliaceae yang sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar,bawang merah, lik,dan kucai.Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia semenjak beribu tahun dahulu didalam perubatan dan juga didalam masakan.
Bawang putih juga sama seperti bawang merah dan juga bawang besar,dimana ianya mempunyai daun dan bebawang yang berada didalam tanah yang cetek sahaja.Berbeza pula dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang,bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang menbentuk satu rumpun bebawang.
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.
Kandungan bawang putih
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).
Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelak dari serangan penyakit jantung dan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Ianya menjadi satu budaya dinegara korea dimana orang-orang tua disana memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil.Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol didalam saluran darah dalam kardiovaskular manusia.
Quote dari laman - http://www.ibumadeeha.com/2014/04/garlic-complex.html
Tahukah anda,masyarakat Korea mengamalkan makan garlic mentah-mentah,tak perlu dipotong-potong kecik, tak perlu digoreng atau direbus..Mereka makan begitu sahaja. Setiap suapan perlu lah disertai dengan sebiji garlic.contohnya sepinggan nasi tu bersamaan 10 suapan,10 garlic lah yang mereka telan.Tengoklah kulit muka orang-orang Korea,halus tanpa jerawat batu.
Kajian lain menyatakan juga ianya dapat mengurangi kandungan gula didalam badan dan juga mengurangkan masalah batuk jika ada yang mengalaminya.Ianya juga digunakan sebagai bahan yang digunakan hampir disemua jenis makanan dan masakan malaysia.
Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat,kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih kemudian tampalkan di bahagian yang berjerawat.Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia.
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.
Aroma yang tersendiri
Bawang putih mempunyai bau yang tersendiri.Apabila ia dihancurkan,satu enzim yang dipanggil alliinase dilepaskan. Alliinase bertindak dengan alliin iaitu satu sebatian di dalam bawang puith untuk membentuk allisin. Allisin yang sangat tidak stabil telah bergabung dengan sebatian yang mengandungi sulfur lalu menghasilkan bau yang tersendiri.
Sesetengah individu mengemari aroma ini.Namun ramai juga yang membencinya. Bahan ini juga merangsang pengeluaran air mata apabila mata didedahkan kepadanya. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa terdapat sesetengah individu yang kelihatan seolah-olah menangis ketika mengendalikan bawang ini sama ada ketika mengupas atau memotongnya. Terdapat satu petua di kalangan masyarakat Melayu bagi mengelakkan rasa kepedihan mata ketika memotong bawang. Pada kepercayaan mereka apabila memotong bawang, hendaklah dicucukkan sebiji bawang putih di hujung pisau yang digunakan.
Bawang putih dalam resepi
Sumber gambar: http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2011/10/ayam-masak-bawang-putih.html
Ayam Masak Bawang Putih
Sumber: farawmdeen.blogspot.comBahan-bahan:
- 250g daging ayam yang dipotong dadu..sederhana saiznya-(Ayu gunakan 500g dada ayam)
- 7 ulas bawang putih- kupas kulitnya dan jangan dipotong-(Ayu ketuk aje)
- 7 ulas bawang putih- dipotong nipis-nipis
- 5 ulas bawang merah- dimayang
- 2 biji cili merah-dipotong -(Ayu gunakan dalam 5-8 cili padi diketuk)
- 2 sudu besar sos cili bawang putih-(Ayu gunakan Thai cili sauce)
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit serbuk kunyit
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
- Lumur ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.(+sedikit halia kisar, Ayu tambah)
- Panaskan kuali dan 1/2 kuali minyak . Pastikan minyak betul-betul panas.
- Gorengkan ayam dengan 7 ulas bawang putih yang belum dipotong (iaitu yang sebiji-sebiji)
- Gorengkan hingga ayam agak garing dan aroma bawang putih harum. Hati-hati jangan sampai hangit pulak bawang putih tu. Bila sudah garing..angkat dan toskan.
- Kurangkan minyak...tinggalkan dalam 5 sudu besar minyak je.
- Panaskan kuali..tumis dulu bawang merah, bawang outih yang dipotong nipis dan cili merah. Tumis hingga terbit aroma.
- Masukkan pula sos cili bawang putih, sos cili dan tomato ke dalam tumisan bawang. Gaul hingga sebati.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Hidangkan..
Video cara memasak roti bawang putih bersama sosej goreng pedas
Sumber rujukan:
- http://hspkpyu.moh.gov.my/infosihat.item.79/khasiat-bawang-putih.html
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih
- http://sumberdigital.blogspot.com/2011/11/khasiat-bawang-putih.html
- http://www.seriouseats.com/2014/06/differences-between-onions-yellow-red-vidalia-what-are-ramps-shallots-how-to-cook-with-onions-guide.html
- http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2011/10/ayam-masak-bawang-putih.html
- http://farawmdean.blogspot.com/2010/12/ayam-masak-bawang-putih.html
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Jom baca tentang kegunaan bawang putih"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.