Apabila lelaki ini menjual trak lamanya,dia tidak menyangka yang traknya akan menjadi begini

Trak lama Mark Oberholtzer yang masih lagi mempunyai logo syarikatnya berakhir ditangan kumpulan militan

trak

Mark oberholtzer hanyalah seorang lelaki yang sederhana,bekerja sendiri sebagai tukang paip.Dia menjalankan perniagaan khidmat servis paip dengan syarikatnya iaitu mark-1 plumbing di Bandar Texas.Bagaimanapun masyarakat mula menuduhnya sebagai seorang penyumbang dan mempunyai hubungan dengan rangkaian kumpulan militan islam.

Awal minggu ini,1 barisan hadapan sebuah kumpulan militan dari syria telah memuat naik beberapa keping gambar trak yang dipasang dengan senjata mesin gun.Tidak ada kelihatan yang pelik pada trak ini pada awalnya melainkan dibahagian tepi trak ini terpampang jelas logo syarikat khidmat servis paip milik mark oberholtzer berserta no telefonya.

Oberholtzer menyatakan bahawa sejak gambar ini telah menjadi viral diinternet,syarikatnya mula menerima pelbagai panggilan,SMS,email dan juga faks yang berbaur ugutan,marah dan cacian.Oberholtzer bertegas yang dia sendiri tidak menyangka dan juga tidak tahu menahu bagaimana traknya boleh sampai ke negara syria.

Menurut 1 temuramah dengan akhbar harian Galveston,oberholtzer berkata dia telah menjual trak tersebut kepada Ford AutoNation dealership pada tahun 2012,hanya itu sahaja yang dia lakukan pada tahun tersebut.



Oberholtzer berkata,dia dan keluaganya tidak pernah menyokong mana-mana pengganas kumpulan militan islam,manakala seorang jurucakap berkata trak tersebut sepertinya telah dijual diacara lelong,dan berkemungkinan ianya telah pun bertukar banyak tangan(pemilik) sebelum ianya sampai di negara syria.

Bagaimanapun terdapat 1 lagi teori tentang bagaiman trak tersebut boleh muncul di syria.Teori tersebut ialah trak oberholtzer tidak berada di syria sebenarnya,ianya berkemungkinan gambar yang telah diedit agar menyamai trak oberholtzer..dan jika ianya benar,kenapa ia dilakukan dan siapa yang lakukannya.


Anda suka tak dengan pos ini?
3 komen untuk "Apabila lelaki ini menjual trak lamanya,dia tidak menyangka yang traknya akan menjadi begini"

Selamat tahun baru Etuza berminat nak link bloglist blog anda ..klik di http://madey09.blogspot.com/ minta follow blog Etuza ya ..

blog kiji penuh informasi terbaik..

Selamat tahun baru jugak pada tuan etuza...saya dah jadi follower blog tuan :-D,saya juga berharap dapat bertukar link didalam blog madeyo9 :-)

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.