Petua dan khasiat bawang putih untuk jerawat

Petua serta khasiat bawang putih untuk jerawat dan juga pada wajah anda


muka ada jerawat
Salam sejahtera semua...kali ini di oh kiji,saya nak ceritakan pula tentang khasiat bawang putih untuk masalah jerawat.Jerawat ni evil betul kan,tapi itu la,hampir 70% rakyat di negara malaysia mengalami masalah jerawat.Banyak cara dan ubatan untuk selesaikan masalah jerawat ni sebenarnya,tapi pos kali khas untuk menceritakan khasiat bawang je.

Anda pernah tengok bawang putih kan?kalau kat luar atau panggilan mat salleh pearl onion ianya terkenal dan telah pun diyakini mengandungi antibiotik yang tinggi.Bawang putih sebenarnya boleh juga digunakan untuk merawat masalah jerawat,kerana bawang ini sebenarnya mengandungi anti bakteria dan anti viral yang dapat mengurangi masalah keradangan pada kulit kita.Bawang putih mengandungi kandungan minyak astiri yang amat tinggi sehingga ianya mempunyai kemampuan anti bakteria dan antiseptik.Oleh disebabkan itu,bawang putih boleh digunakan untuk membuang minyak di bahagian muka,menyejukan kulit yang sedang mengalami masalah keradangan dan juga mengecilkan jerawat yang timbul dibahagian muka kita.

Cara mengunakan bawang putih untuk merawat masalah jerawat

khasiat bawang putih untuk jerawat

Cara untuk merawat jerawat dengan bawang putih ni mudah je sebenarnya,ambil beberapa ulas bawang putih kemudian tumbukan dia sehingga hancur,kemudian ambil bawang putih yang telah hancur tadi(kalau boleh letak sikit air) sapukan pada jerawat yang tumbuh dimuka anda.Ianya juga amat berkhasiat dan juga boleh membantu untuk menghilangkan ruam-ruam merah serta kesan parut akibat dari jerawat ini.

Kandungan zat didalam bawang putih


Bawang putih mengandungi zat yang dikenali sebagai organosulfur yang dipanggil dengan nama Allicin(kalau nak tahu lebih lanjut pasal allicin ni,sila rujuk ke link ini : wiki allicin).Zat ini memiliki kemampuan untuk menghalus dan juga melembutkan tekstur-tekstur dibahagian kulit muka kita.Allicin juga mampu untuk membantu menghilangkan strech marks yang berada pada kulit kita.Jika nak tahu betul ke tidak,anda ambil bawang yang ditumbuk sehingga lumat tadi dan kemudian jadikan dia sebagai masker dan lihatlah keberkesanannya nanti.


Klik link sebelah untuk ketahui lebih lagi tentang khasiat dan manfaat bawang putih ini.

Untuk masker,ambil bawang putih dalam 2 ulas atau pun lebih sedikit,pastikan ianya dicuci dengan bersih,kemudian tumbuk sehingga ianya betul-betul menjadi lumat.Selepas itu bolehlah diambil dan dijadikan sebagai masker dan pakai di muka anda.(untuk bahagian badan yang lain pun boleh juga,just sapu je dekat mana anda hendak rawat).Tunggu selama 10 minit barulah ianya dibilas dengan air.Anda boleh buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu selama 3 bulan.Kemudian lihatlah hasilnya dimana kulit wajah kita akan kelihatan lebih segar,cerah dan bebas dari masalah jerawat.

Jadi bawang putih ini kegunaan sebenarnya bukan sahaja digunakan untuk masakan,tapi boleh juga digunakan didalam bab-bab kecantikan dan juga kesihatan luaran.Jika anda ingin membeli produk untuk anti penuaan apa kata anda cuba dulu dengan mengunakan bawang putih,kenapa?keranan komponen-komponen yang terdapat didalam bawang putih dapat membantu untuk menghilangkan kedutan pada kulit wajah kita.Sapukan sahaja air yang diambil dari bawang putih yang telah ditumbuk lumat tadi,dan sapukan pada muka 1 kali seminggu,insyallah ianya berkesan.


Video tentang manfaat bawang putih untuk menghilang luka (parut)





Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Petua dan khasiat bawang putih untuk jerawat"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.