Lelaki ini merakam video dirinya dipanah petir semasa sedang mengejar ribut

Terakam video dirinya sendiri sedang dipanah petir semasa mengejar ribut

dipanah petir 1

Dipanah oleh petir adalah satu pengalaman yang semua orang tidak mahu.Walaupun ianya satu pengalaman yang orang tidak mahu alami,tapi bagi Scott Sherpad yang seorang pengejar ribut ianya bukanlah satu pilihan.

Awal tahun ini,scott telah mengesan dan mengekori satu kejadian ribut berdekatan dengan fairburn,south dakota.Semasa dia sedang berada ditengah-tengah kawasan ribut tersebut,scott mengambil keputusan untuk keluar dari keretanya kerana ingin merakam suasana ribut tersebut dengan lebih dekat lagi.Dan ketika itulah satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku..


Scoot Sherpad bekerja sebagai pengejar ribut di Severe Studios telah mengesan satu kejadian ribut yang berlaku di south dakota.Dia yang kemudianya keluar dari keretanya kerana ingin merakam dengan lebih dekat lagi pembentukan ribut tersebut telah secara tiba-tiba dipanah oleh petir.

Pada kejadian tersebut sherpad sedang memegang kamera videonya,dan didalam rakaman tersebut tidak kelihatan panahan petir yang sebenar,tapi hanya kepulan asap selepas dipanah sahaja.

dipanah petir 2

Panahan petir tersebut telah melalui dibawah tangan sherpad dan kemudiannya tepat menuju ketanah dan telah menyebabkan belaku sedikit kerosakan diatas jalan raya.

kesan panahan petir

Inilah kesan lubang akibat dari panahan petir tersebut

kesan panahan petir 2

Panahan petir tersebut sebenarnya terlalu kuat dan telah menyebabkan kereta sherpad dan sebuah lagi kereta yang berada berdekatan rosak.Kedua-dua kereta tersebut terpaksa dibawa pergi dari tempat kejadian mengunakan lori tunda.

Inilah video penuh rakaman panahan petir tersebut






Sumber rujukan:

  1. http://viralnova.com
  2. http://www.iflscience.com/environment/man-films-being-struck-lightning
  3. https://www.youtube.com/watch?v=GD1CwVHMRnw


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Lelaki ini merakam video dirinya dipanah petir semasa sedang mengejar ribut"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.