As salam. untuk kali ini, saya nak kongsikan bersama para pembaca blog oh kiji mengenai Tips / Cara untuk mengatasi masalah tercekik tulang ikan. Nampak seakan topik biasa kan? Akan tetapi, jika anda berada dalam situasi sebegini, bayangkan betapa peritnya. huhu. pada yang pernah alaminya, anda fahamlah. hehe.ok, Sebelum anda mengalaminya, ada baiknya anda amibil dan baca dulu beberapa Tips / Panduan yang sempat saya cedok di internet malahan tips yang saya amalkan selalu jika tercekik tulang ikan.
Antara tips dan petuanya :
1- Minum air yang berada di dalam tudung periuk. saya tak pasti sebabnya. jika anda tahu, boleh kongsi di ruangan komen nanti ye.
2- Pusingkan pinggan makanan anda 3 kali sambil berselawat ke atas junjungan besar baginda.
3- Pisang. yup !! buahan yang ada gunanya ketika waktu begini.bagi pendapat saya, pisang boleh dipakai guna sebab sifat isinya pejal dan padat dapat menarik tulang yang tersepit ketika menelannya. huhu
4- Tarik telinga kiri dan kanan anda. hahaha. yang ni memang saya tak tahu sebab apa. macam tak ada gunanya. taqpi, saya kongsi juga la. kalau anda tahu sebabnya, boleh komen di bawah nanti ye.
5- Haaa. yang ni memang petua yang selalu saya amalkan. dari kecil sampai lah ke saat saya menulis artikel ni. jika tercekik tulang, anda lantas pergi bukakan periuk nasi dan ambil segenggam nasi lalu kepalkan dengan penuh yakin. terus masukkan dalam mulut tanpa mengunyah dan telan macam tu je. in Sya Allah
Petua dan Tips diatas hanyalah sebab dan ihktiar dari kita sebagai manusia, yang memberi adalah Allah SWT. mintalah pada Dia. hehe
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "PETUA : Cara Hilangkan Tercekik Tulang Ikan"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.