Biodata Ustaz Azhar Idrus: Lebih dikenali Ustaz Youtube,ikuti perjalanan beliau


Pengenalan Ustaz Azhar


Assalamualaikum ,nama Ustaz Azhar bukan asing lagi dalam Malaysia.Sering meniti dibibir pemuda mahupun golongan berumur.Jika mereka yang sering mengikuti ceramah beliau , pasti tersenyum lucu kerna beliau banyak menyelitkan unsur lucu,kelakar,aksi spontan ketika menyampaikan ceramah atau takzkirah.


Dalam masa yang sama para jemaah tidak bosan dan boring dan akan lebih fokus dalam mendengar ceramah beliau.Ramai anak muda / rempit menyukai beliau hingga mencetuskan fenomena satu ketika dulu .Selain itu,beliau gemar / mahir dalam fotografi dan jika berkesempatan beliau akan ke sesuatu lokasi untuk sesi bergambar jika mendapat jemputan ceramah di pelusuk negara.

Sepintas lalu

Beliau dilahirkan pada tanggal 12 Febuari 1964 di kampung Ladang Kuala Terengganu . Mendapat pendidikan awal di Sek Ren Haji Mohd Sharif ( Alor Setar,Kedah ) dan Sek Men Darul Aman Kedah ( sesi ting 1 dan 2 ).Seterusya Sek Men Sultan Sulaiman K.Terengganu ( sesi ting 3-6 ).Beliau mempunyai 3 orang isteri iaitu,Rogayah Sulong,Wan Halimatum Nisa dan Izyan ( bernikah 26 Mei 2013 ).

Perjalanan Ustaz Azhar


Beliau pernah membuat persembahan di sekitar k.terengganu bersama band musik ( Band Boy ) dan menarik diri selepas band tersebut mengambil keputusan untuk merakamkan album kerana beliau hanya suka suka menyertai band tersebut bukan untuk mencari nama semata mata .Selain itu,beliau juga pernah mewakili Terenganu pada 1980-an untuk acara Berbasikal .

Berjinak dalam Agama


ust azharSeorang kawan beliau yang dahulunya seorang pengikut Punk muncul dengan perwatakan berbeza setelah 5 tahun menghilangkan diri. Daripada seorang yang ganas dan sosial,tiba tiba berubah dari segi pakaian dan tingkah laku .Rupanya kawan beliau menghilang 5 tahun kerana menuntut/ mendalami ilmu agama di Pattani Thailand. Mulanya dari situ , beliau teringin ingin menjadi seperti kawannya itu.

Pada tahun 1990-an, beliau berjinak dalam ilmu agama secara bertalaqi dengan guru guru agama sekitar Kuala Terengganu selama 12 tahun dalam ilmu nahu,saraf,balaghah,usul fiqh,usuluddin,hadis,tafsir dan lain lain.Dengan ilmu yang beliau cedok selama ini,beliau mula mengajar di sekitar kampung Ladang Terengganu. Itulah serba sedikit mengenai Ustaz Azhar secara ringkasnya.

Itu saja dulu penulisan saya setakat ni.Jika terdapat kesalahan maklumat,mohon komen di bawah.Dan jika penulisan ini buruk dan membosankan,anda boleh komen dalam kotak komen dibawag bagi tujuan memperbaiki mutu penulisan ini .

- john woo -






Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Biodata Ustaz Azhar Idrus: Lebih dikenali Ustaz Youtube,ikuti perjalanan beliau"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.