Sindiket penipuan ini mempunyai kepakaran dalam menggodam akaun perbankan internet serta e-mel mangsa bagi mendapatkan nama serta kata laluan. Sebaik mendapat info tersebut, sindiket akan mendapatkan kad sim baru dan membuat pemindahan duit milik mangsa menggunakan nombor telefon mangsa.
Taktik ini digunakan oleh sindiket kerana mudah dan mangsa tidak menyedari pemindahan duit telah dilakukan.
Modus Operandi:
1. Sindiket akan mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon, nombor Mykad serta nombor akaun bank mangsa melalui perbankan internet serta emel mangsa..
2. Selepas memperolehi nombor telefon mangsa, sindiket akan melantik lelaki tempatan untuk ditugaskan pergi ke syarikat telekomunikasi kononnya menukar kad sim nombor telefon mangsa.
3. Sindiket akan membawa surat akuan palsu yang membenarkan penukaran kad sim mangsa.
4. Nombor kad sim mangsa kemudiannya disekat dan ini bertujuan agar mangsa tidak menerima nombor kod kuasa transaksi (TAC)
5. Sindiket membuat pindahan wang milik mangsa tanpa disedari mangsa.
6. Mangsa hanya menyedari ditipu ketika menerima panggilan daripada bank memaklumkan ada transaksi perbankan internet.
Harap info ini berguna untuk korang , jangan lupa kongsi dengan rakan korang yang biasa melakukan transaksi online .
Post Berkaitan : Cara mandi wajib
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "PENIPUAN : Hati hati kepada mereka yang biasa melakukan transaksi internet "
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.