Masalah recent post tidak keluar ketika komen dengan commentluv

Cara selesaikan masalah pos terkini tidak keluar ketika komen dengan commentluv


Huhu..hari ni blog oh kiji mengalami satu masalah kecil dimana saya tidak boleh komen dengan mengunakan commentluv,actually saya masih lagi boleh komen tapi masalahnya recent post atau pos terkini tak keluar dekat commentluv tu.Masalah ni saya baru perasan masa nak buat blog walking tadi,sebelum ini semuanya ok,pos terkini sentiasa keluar ketika saya membuat komen di blog rakan-rakan yang lain.Tapi hari ini saya seperti biasa,saya baca-baca dulu pos kemudian dengan semangatnya saya taip komen yang panjang-panjang  kemudian tip pada commentluv tup2 commentluv keluarkan masej ni:


cURL error 28: Operation timed out after 10000 milliseconds with 0 bytes received for

Huhu jenuh jugak duk cari penyelesaian masalah ni,macam-macam saya taip tadi dekat google,tapi kebanyakan pos muncul adalah yang telah lama iaitu pada tahun 2010 hingga 2013,dan kebanyakannya saya cuba buat mengikut apa yang diberitahu dalam blog tersebut tak menjadi..fening jugak la tadi.

Lepas baca sana sini saya dicadangkan pergi ke feedburner,disebabkan feedburner ini milik google saya dah tak perlu daftar,just guna akaun gmail yang saya login untuk blog oh kiji ini.Apa yang saya buat selepas itu saya cuba validate kan feeds blog oh kiji ni,saya pergi ke bahagian Troubleshootize dan klik pada link "Original Feed Validity" dan "FeedBurner Feed Validity".


feedburner troubleshootize


Hasil test dari kedua laman tersebut saya mendapat tahu yang RSS/Feeds blog oh kiji mengalami masalah error dimana validity tool tidak dapat mengesahkan yang rss/feeds blog oh kiji ini(umpama blog oh kiji tidak mempunyai link rss atau feeds lansung).Sekali lagi saya jenuh duk mencari kenapa ianya terjadi,saya baca dengan teliti report troubleshootize yang diberikan oleh feedburner dan akhir saya mengetahui punca sebenarnya.


Dua punca kepada masalah ini akhirnya ditemui

blogger post location

Rupanya saya ada mengunakan fungsi location didalam beberapa pos yang saya publishkan sebelum ini.Saya nak cerita lebih lanjut pun tak pandai mana,tapi kesimpulannya apabila saya mengunakan fungsi lokasi ini ianya akan menghasilkan 1 kod dimana validity tool tidak dapat mengesahkannya sebagai link rss feeds.Jadi apa yang saya buat,saya pergi balik pada pos -pos yang saya hasilkan dan mengunakan fungsi lokasi sebelum ini,klik edit pada artikel,pergi ke kolum kanan dan cari tab location klik dan tekan remove. 

Masalah keduanya  pula blog oh kiji tiada kod yang dipanggil auto discovery(mungkin saya terdelete semasa memasang widget pos santai),dimana fungsi auto discovery ini seperti menyiarkan senarai pos terbaru yang anda publish dalam bentuk feeds(rasanya betul la tu dengan apa yang bagi tahu ni kikiki).So apa saya buat ialah pergi sekali lagi ke feedburner dan klik pada ikon rss feed kecik sebelah kiri untuk mendapatkan url feedburner oh kiji.

feedburner url

Kemudian saya ambil url feedburner tadi dan letak didalam kod ini dan letakannya didalam template oh kiji selepas <head> :

<link rel="alternate" type="application/rss+xml" title="oh kiji" href="http://feeds.feedburner.com/OhKiji"/>

Kemudian blog oh kiji menjadi normal semula dimana saya sudah boleh melakukan komen diblog yang mengunakan commentluv dan commentluv juga mengeluarkan senarai pos saya yang terkini untuk dipilih dan diletakan bersama-sama dengan komen saya :-D.

Kesimpulannya - Jika anda mengalami masalah yang sama seperti saya cuba remove semua location didalam pos anda yang sudah dipublish.Kemudian masukan kod diatas(gantikan url feedburner oh kiji dengan url feedburner blog anda dan title dengan nama blog anda) didalam template blogspot anda selepas tag <head> ini.



Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Masalah recent post tidak keluar ketika komen dengan commentluv"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.