Ketahui jenis dan punca jerawat tumbuh

Kenali penyebab tumbuhnya jenis jerawat dimuka,pipi dan dahi anda


jenis jerawat
Berdasarkan dari kajian yang telah dijalankan didalam bidang perubatan dermatologi,pakar-pakar telah menemui hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita tidak kira remaja mahupun dewasa. Jerawat; bahasa Inggerisnya “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang selalu berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit anda. Masalah jerawat ini selalunya sering dialami oleh golongan remaja yang akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

• Jerawat Ringan: biasanya jenis ini mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

• Jerawat Sederhana: Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami jerawat jenis ini banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.


Produk dan cara hilangkan jerawat


• Jerawat Kronik:Pesakit akan mengalami banyak nodul-nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka(jerawat batu), dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar berminyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat malahan resdung juga boleh terjadi. 


Tips mengelak pertumbuhan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah untuk menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit muka atau badan anda,maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan selalu,diantara nasihat dan tips penjagaan wajah yang disyorkan bagi dilakukan oleh anda adalah:

Sentiasa lakukan mencuci muka anda dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan yang membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis produk sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. 

Terapi bekam untuk hilangkan masalah jerawat belakang badan

Menggunakan produk pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit anda.Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori anda,selain membuang bintik-bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati.Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit yang jenis sensitif.Jadi sila gunakan  produk pencuci wajah yang mempunyai maklumat yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

Anda juga dilarang sama sekali untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda lebih-lebih dengan mengunakan kuku anda.Berjumpalah dengan pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar yang berdekatan dengan anda untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan.Kulit akan mudah menjadi kering jika anda selalu  terkena pada cahaya matahari secara berterusan.Pancaran sinar UV yang terkena pada kulit anda walaupun sedikit sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel-sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda.

Dan sememangnya perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit.Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV.


Terdapat pelbagai jenis rawatan jerawat bergantung kepada tahap keterukan.Ianya termasuk:
  • Emollients
  • Benzoil peroksida, asid salisilik
  • Hormon, termasuk pil perancang keluarga
  • Antibiotik
  • Retinoids - seperti Isotretinoin

Pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik.

Dan yang terakhir,janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ianya mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda nanti.Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria.

Sumber : wikipedia


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Ketahui jenis dan punca jerawat tumbuh "

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.