Perkongsian cara menghilangkan jerawat
Ok kali ini Oh kiji akan ceritakan bagaimana cara menghilangkan jerawat dan juga parut jerawat yang dialami oleh hampir separuh wanita didalam malaysia ini.Kalau nak cerita produk-produk hilangkan jerawat ni banyak sebenarnya,tapi saya akan kongsikan kepada anda semua produk yang bagus untuk anda hilangkan jerawat ini.
Jerawat ini sebenarnya adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia akan mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit muka anda.Kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan ianya bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Jerawat ini sebenarnya adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia akan mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit muka anda.Kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan ianya bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Punca terjadinya jerawat
Jerawat sebenarnya terbentuk didalam liang-liang kulit seseorang.Liang ini adalah pembukaan di atas permukaan kulit kita sama ada dimuka mahu pun dibadan,di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh di kawasan tersebut.Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang tersebut untuk menghasilkan 1 bahan yang dipanggil sebum.Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu.
Anda boleh tengok gambar rajah bawah
Secara lebih terperincinya, jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit kita.Lapisan kulit yang mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan ianya juga boleh terperangkap dalam liang roma tersebut.Antara punca penyebab berlakunya pertumbuhan jerawat ialah:
Hormon dan Jerawat - Pada usia remaja,kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat ini.
Pemakanan dan Jerawat - Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan secara jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Antara petua untuk menghilangkan jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Atau anda boleh gunakan petua ini,basuh muka dengan air basuhan beras.Biarkan ia kering sendiri.Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.Tapi biasanya cara ini jika seseorang sudah pun menpunyai jerawat ianya agak memakan masa.
Menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan di bahagian muka yang berjerawat pada setiap pagi dan petang.Selain menggunakan lidah buaya, lemon atau jeruk nipis yang di campur dengan air mawar. Lemon, jeruk nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mat yang menyebabkan jerawat.
Selain menggunakan tumbuh-tumbuhan,putih telur ayam juga boleh di gunakan untuk menghilangkan jerawat.Putih telur ayam ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.
Tips pencegahan jerawat
Madu memang terkenal dengan kehebatannya untuk melembap dan melicinkan kulit,kebanyakan spa-spa kecantikan gemar mengunakan madu.Madu bersifat tinggi antioksidan yang dapat membersihkan kulit dan bantu menyahkan jerawat.Seterusnya,baking soda gunanya bukan hanya untuk menaikkan kek anda menjadi gebu sahaja, malah kulit muka juga boleh jadi licin, gebu, berseri tanpa jerawat dengan baking soda.Untuk nak hilangkan jerawat hanya campurkan baking soda tambah sedikit air dan sapu ke bahagian yang tumbuh jerawat tadi.
Tomato pula memang terkenal dengan fungsinya yang amat banyak terhadap keremajaan kulit. paling mudah. hiris tomato dan tampalkan di kulit muka anda,jerawat anda akan hilang kulit lebih berseri.Yang terakhir,garam dapur,garam boleh dicampur dengan lemon dan dibuat seperti masker.Cara ini sememangnya mujarab,antara skrub muka yang paling cepat dan berkesan untuk menghilangkan jerawat di muka anda.
Jangan gunakan bawang putih untuk jerawat dimuka anda
Amaran!! - Jika anda ada terbaca tentang cara merawat jerawat dengan mengunakan bawang putih sila abaikannya,kerana ini boleh mendatangkan mudarat kepada muka anda seperti melepuh seakan-akan melecur dan muka anda akan kepanasan.Ianya juga akan meninggalkan kesan melecur atau rupa orang yang mengalami masalah jerawat yang kronik,hinggakan mengambil masa lebih dari 1 bulan untuk hilangkan kesan tersebut.Jadi nasihat saya sila abaikan pertua tersebut.
Jangan gunakan bawang putih untuk jerawat dimuka anda
Amaran!! - Jika anda ada terbaca tentang cara merawat jerawat dengan mengunakan bawang putih sila abaikannya,kerana ini boleh mendatangkan mudarat kepada muka anda seperti melepuh seakan-akan melecur dan muka anda akan kepanasan.Ianya juga akan meninggalkan kesan melecur atau rupa orang yang mengalami masalah jerawat yang kronik,hinggakan mengambil masa lebih dari 1 bulan untuk hilangkan kesan tersebut.Jadi nasihat saya sila abaikan pertua tersebut.
Produk popular yang mampu hilangkan jerawat 2014
Biasanya pengunaan produk penghilang jerawat selalunya memberikan keputusan yang cepat berbanding mengunakan kaedah tradisional seperti diatas tadi.Antara produk yang terbaik juga popular ialah:
Maixara C-sential - Antara suplemen yang diyakini ramai kerana keberkesanannya...banyak testimoni hebat diterima setiap hari.Masalah jerawat, jeragat, ekzema, cerah, gebu, parut dan juga alergik mampu diatasi dgn produk MCS(maixara c-sential) ini.Anda boleh rujuk lebih lagi disini : www.facebook.com/messages/Maixara769
Belle Vous Resources - BVRC ini dijamin membantu: ✔ untuk kulit yang bermasalah
✔ sesuai untuk kulit yang sensitif ✔ mampu menghilangkan jeragat ✔ ianya juga mencerahkan kulit anda dari dalam ✔ jerawat badan juga boleh dirawat dengan BVRC ✔ membaik pulih kulit yang berjeragat ✔ menegangkan kedutan pada kulit ✔ mengecilkan liang-lian pori ✔ merawat kulit yang rosak.Anda boleh rujuk disini :https://www.facebook.com/MZSecret69/timeline
MZ Secret Soap - atau lebih di kenali Sabun Vitamin A, C & E,hampir 100,000 rakyat Malaysia telah menjadi pengguna setia MZ Secret Soap kerana kebekesan sabun ini dalam menghilangkan masalah kulit terutamanya jerawat.Anda boleh rujuk disini untuk maklumat lebih lanjut berserta testimoni -testimoni daripada ribuan pengguna produk ini di malaysia : https://www.facebook.com/mzsecretsoap.fanpage/timeline
Video Review Sabun Mz Secret
Amalkan tips dan petua diatas secara konsisten.Dan jika anda lebih kepada cara yang memberikan keputusan cepat anda boleh mencuba salah 1 produk diatas.Tetapi ingin ditekankan disini juga bahawa tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan.
Jadi saya disini bagi pihak oh kiji berharap anda semua mendapat manfaat daripada pos cara hilangkan jerawat ini,dan juga berharap anda berjaya menghilangkan masalah jerawat anda dengan selamat dan jayanya :-).
Anda suka tak dengan pos ini?
5 komen untuk "Produk dan cara hilangkan jerawat dan parut jerawat"
Maixara saya pernah try tp ada side effect.. saya sekarang lebih suka produk yg beli kat farmasi @ supermarket jer selain mengamalkan masker telur putih campur beras goreng yang di kisar halus
boleh sis bagitahu produk tersebut(yang beli kat farmasi atau supermarket) kat sini,nanti senang pembaca yang lain2 boleh rujuk jugak :-)
Perkongsian yg sgt menarik. 😊
Terima kasih Admin kerana bekongsikan artikel yang sangat informatif ini.
Saya secara personal sangat bersetuju dengan kandungan artikel ini.
Dan sebagai satu tambahan, saya ada menjumpai artikel yang bertajuk :
"50+ Cara dan Petua Lengkap Menghilangkan Jerawat"
http://www.panduan.xt.my/kecantikan/cara-ubat-petua-menghilangkan-jerawat-parut/
Mungkin ini membantu sesiapa yang ingin merawat jerawat di muka.
Terbaik...t.kasih sebab berkongsi..
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.