Skim MyHome : Bantuan Perumahan Mampu Milik

Pengenalan Skim MyHome


Skim MyHome atau lebih dikenali Skim Perumahan Mampu Milik Swasta. Skim ini adalah dibawah bantuan subsidi kerajaan Malaysia kepada mereka yang tidak mempunyai tanah,tetapi ingin memiliki rumah dengan harga berpatutan. Ini, terbuka kepada warganegara. Mengikut apa yang diperkatakan, sebanyak rm300 juta diperuntukan bagi Skim ini dan melibatkan kira kira 10000 unit rumah mampu milik bakal dibina di seluruh negara.

Maklumat lengkap, cara / syarat Bantuan Skim MyHome



Skim ini menawarkan bantuan sebanyak rm30000 ( maksimum ) bagi pendapatan isi rumah rm3000 dan kebawah untuk bantuan rumah mampu milik kos rendah. Manakala pendapatan isi rumah rm6000 kebawah bagi rumah mampu milik kos sederhana untuk pembelian rumah pertama.
Contoh yang ringkas saya jelaskan :-
Ini contoh je ok,misalnya kerajaan negeri telah tetapkan harga bagi rumah kos rendah sebanyak rm40000 seunit. Tapi nilai yang ditetapkan oleh pihak pemaju bagi seunit rumah kos rendah sebanyak rm70000. Maka, jelas perbezaan rm30000 disitu jika dikira kira. Seperti yang saya jelaskan di awal artikel tadi, bantuan maksimum sehingga rm30000.




* Tetapan harga kerajaan negeri : rm 40000

* Tetapan harga pemaju : rm 70000

* Bantuan Kerajaan rm30000

Kerajaan akan membeli rumah dari pemaju yg harganya rm70000 dan dijual kepada kita dengan harga rm 40000. Kenapa rm 40000? Kerna tetapan harga kerajaan hanyalah rm40000 seunit untuk rumah kos rendah. Baki rm 30000 siapa akan tanggung ? Ianya   ditanggung dibawah bantuan Skim MyHome ni la. Hehe. Saya pun naik pening nih.

Syarat kelayakan ringkas





* warganegara
* 18 tahun dan ke atas
* ini adalah pembelian rumah pertama anda.
* bantuan rm30000 maksimum
* pendapatan isi rumah rm 3000 kebawah untuk rumah kos rendah
* pendapatan isi rumah rm 6000 kebawah untuk rumah kos sederhana



Cara Daftar / apply MyHome Skim Perumahan Mampu Milik Swasta
Borang Skim Myhome Online

Borang Pemaju 
Borang Pembeli  









Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Skim MyHome : Bantuan Perumahan Mampu Milik"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.