Iphone 5s, Gajet Impian Setiap Blogger

Iphone 5s, Gajet Impian Setiap Blogger 

As salam semua.

Terlebih dahulu, ingin saya war-warkan disini, saya masih baru lagi dalam dunia blogging. Masih lagi dalam kategori newbie. Dalam tempoh yang masih mentah ini, saya banyak mencedok / menyedut ilmu2 selok belok blogging dari blog2 Malaysia dan Indonesia. Dapat saya simpulkan disini, nak jadi blogger ni, kene la banyak mencuba / bertindak daripada BERTANYA. my 20 cent. Hehe. Bab kata Dr Azizan Osman " Fast Action,Fast Result ".

Iphone 5s, Gajet Impian Setiap Blogger contest denaihati
Sebelum saya meneruskan penulisan ni, saya mitak maaf jika penulisan saya ni sedikit mempunyai perkataan ringkas / short ataupun terdapat unsur unsur kekasaran / hinaan  sebagainya. Saya lebih gemar dengan gaya penulisan entri yang freindly. Bagi saya, setiap konten / entri ditulis untuk tatapan mata / minda pembaca / visitor, bukannya untuk robot Google semata mata. My 20cent.


Memandangkan Denaihati telah pun menganjurkan contest yang bertajuk " Iphone5s Gajet Impian Setiap Blogger" , dan segala syarat-syaratnya telah melayakkan diri saya untuk tampil dengan lebih berani menyahut cabaran ini. Ini adalah GELANGGANG SEBENAR bagi blogger hingusan macam saya. Kenapa saya memilih untuk sertai contest ini ?

1- Gelanggang Sebenar ( ramai otai/sifu yang join. Ini menunjukkan saingan saya bukan calang2 orang. Maknanya saya berdepan dengan blogger yang tahap PRO

2- Dapat menguji skil penulisan content. Maksudnya, persembahan content saya kepada pembaca. Adakah pembaca menyukai gaya persembahan penulisan saya? Adakah pembaca " hanyut " pabila membaca conten saya? Hehe
3- Saya tak pernah MEMILIKI Iphone.

Dengan menyertai contest ni, saya dapat terapkan skil penulisan saya."Iphone 5s Gajet Impian Setiap Blogger". Macam mana saya nak cakap ek? Sedangkan saya sendiri tak pernah pakai iphone. Jika nak terangkan spesifikasi iphone, macam kekeringan idea pula.Mungkin ramai blogger diluar sana dah tahu ciri ciri iphone 5s, so jika saya ambil langkah untuk menulis spesifikasi iphone, rasa macam ketandusan idea pulak. Seolah olah entri copy paste je kn ? Hehe. Pesanan untuk DIRI SAYA sendiri,nak jadi blogger ni, jangan MALAS MALAS tulis entri. Ringankan jari jemari / luaskan fikiran untuk mencari idea penulisan korang. Asahkan bakat / skil penulisan korang supaya kelihatan kreatif dengan mencuba seberapa kerap walaupun pada permulaannya konten korang nampak macam mengarut / meraban je. Kene ingat sepotong ayat ni " Practice Make Perfect "

Iphone 5s, Gajet Impian Setiap Blogger 2

Sememangnya Iphone 5s Gajet Impian Setiap Blogger Termasuk Saya

(Iphone 5s Video)

Ok, melarat / mengarut pulak tulisan saya ni.

Dipendekkan cerita la, antara penyebab saya perlukan iphone dalam dunia blogging ni ialah SATU sebab je. Gajet yang SMOOTH !! Ok, saya cuba untuk tulis " kenapa perlu iphone? Kenapa tak letak samsung or lenovo? Basic yang saya tau pasal iphone, semua komponem/ hardware, dibuat oleh Apple sendiri termasuk la software dan segala applikasi yang berkaitan Apple. Implikasinya, kebanyakan produk2/gajet keluaran Apple sememangnya " SMOOTH" . Jarang terdengar produk2 keluaran Apple ni,mendapat bad review. Tapi harga tu memang "Kaw kaw" ( mahal )la.

iphone 5s steve
Terima kasih kepada Steve Job yang menjadi pelopor dunia gajet canggih bagi memudahkan manusia lakukan tugas harian.

Kehidupan seorang blogger ni memang tak dapat terpisah dengan dua benda ni . Internet dan gajet. Dengan adanya gajet ni, kerja kerja seorang blogger macam saya yang melibatkan Email, Reply Komen, FB, Blogwalking, menjelajah / visit blog untuk mencedok ilmu memang memerlukan satu gajet yang boleh memperlancarkan aktiviti saya ni. Cewahh. Jimat masa, dan saya pun tak perlu berdepan dengan benih benih kemarahan. Al maklum la gajet yang saya pakai sekarang ni, selalu buat perangai ( enjin sempuk )

Bagi saya gajet yang cantik cantik bukan ALASAN untuk saya miliki. Saya tak perlukan kecantikan gajet dan alasan itu saya letakkan " dibelakang " .Yang PENTING bagi saya ialah BOLEHKAH SESUATU GAJET ITU DAPAT MERINGANKAN / MELANCARKAN PROSES KERJA SEORANG BLOGGER ? nak beli selipar pun fikir dua tiga kali . Apatah lagi gajet untuk kegunaan harian seorang blogger . " Thinking Forward ok. Huhu

Terima kasih kepada pihak Denaihati kerana sudi menganjurkan pertandingan ini. Berikut ialah senarai link penaja yang bekerjasama dengan Denaihati untuk menganjurkan Contest ini:

1. http://ejamothman.com
2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com



Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com atau http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh ALLAH swt.



Anda suka tak dengan pos ini?
3 komen untuk "Iphone 5s, Gajet Impian Setiap Blogger"

Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini :-)

billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

good luck dlm contest !! kalau dpt menang memang best oo ~~

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.