Panduan cara pakai shawl labuh tutup dada dengan sopan

cara pakai shawl labuh tutup dada

Ok kali ini oh kiji akan berkongsi satu video panduan bagaimana hendak memakai tudung shawl labuh untuk tutup dada anda.Kita semua sedia maklum akan haramnya kita jika memakai tudung tetapi dada terdedah hingga menampakan bentuk aset kita.Terkini,trend Jilb++bs yang menjadi popular di indonesia telah menular ke malaysia,maka Majlis Agama islam malaysia telah mengeluarkan Fatwa gaya Jilb++bs ini adalah haram.

Jadi menyedari akan trend yang tidak baik ini mula menular ke malaysia,kami disini terasa bertanggung jawab untuk mendidik para wanita-wanita,gadis-gadis remaja dan ibu-ibu untuk mula mengenakan tudung yang lebih sopan dengan melabuhkan kebawah agar ianya dapat menutupi dada anda.
Kalau tudung labuh memang la mudah kan,dah sebutlah tudung labuh ala-ala yang ustazah pakai tu,tapi macam mana pula kalau kita nak bergaya sedikit misalnya ingin memakai shawl tapi ianya mestilah labuh juga agar kita dapat menjaga bahagian dada.So untuk itu silalah anda tonton video tutorial dibawah dan saya berharap anda mendapat manfaat dari video yang simple ini.Oh yang pastinya tutorial ini sesuai untuk semua wanita tidak kira yang bermuka bujur atau pun bermuka bulat kerana point disini kita mahu mengenakan tudung shawl simple ataupun shawl silang yang menutupi tubuh kita.. :-)


Video cara pakai shawl labuh yang tutup dada




Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Panduan cara pakai shawl labuh tutup dada dengan sopan"

Assalamualaikum!

Kami ada jual wide shawl yg mmg labuh 2 meter. Pushing kot mana pun insha-allah tutup Dada. Ada cotton, crepe, chiffon. Ada corak paisley yg cantik2.

Jemput singgah ke blog
www.wafaswear.blogspot.com

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.