Isu tepung : Dimanakah Sensitif Kita Berkenaan Isu Pemakanan ?

As salam semua. Dah tengok video ni bawah ? Dan apa yang korang akan fikir tentang video tu ? Ok, teruskan pembacaan korang. Menurut dari video ni, ada beberapa jenis makanan/produk yang menyalahi hukum hakam dan hak pengguna. Apa yang ditekankan dalam penjelasan beliau tentang isu bahan kimia dalam proses pemutihan/penghasilan tepung di pasaran Malaysia. Jom tonton.





Kandungan kimia / terlarang / merbahaya dalam tepung



Tepung? Tak perlulah saya nak terangkan. Semua orang kenal tepung, warnanya putih, boleh buat roti, boleh buat mee, boleh buat capati. Macam2 jenis jenama dalam pasaran. Tapi, disebalik warna putihnya yang suci itu..... Suspen sikit ni.

Apa yang dijelaskan, proses pemutihan tepung ni bercampur dengan baham kimia lain. Bahan kimia yang merbahaya kepada manusia. Tapi diguna pakai dalam proses pemutihan tepung supaya kelihatan neutral. Tapi babak2 yang saya rasa perlu diberi penekanan / pendengaran ialah babak2 50% daripada hasil benda2 tutttttttttt. Fuhhh. Selama kita hidup, kita terus sumbat je dalam mulut. Ada periksa asal usul ? Lepas dengar, baru saya lebih PEKA akan hal ni. Bukan selama ni tak peka, tapi sekarang LEBIH ALERT hal ni.


Penyelesaian ? Tindakan ? Anda ? Pihak berwajib ?


Semua ini perlukan kedua2 pihak. Ada je mana2 kilang yang terang2 menyalahi tata tertib, teruskan laporkan kepada pihak berwajib. Tapi, apa pula tindakan daripada pihak itu ? Denda ? Saman ? Dah berapa tahun hukuman sebegini dilaksanakan. Adakah ianya BERKESAN ? bulan depan ada lagi kes yang sama, orang yang sama. Denda bukan jalan terbaik. Cuba bagi hukuman yang lain, yang lebih efektif dan berkesan. Contoh hukuman kene buat kerja2 kebajikan ( sapu sampah, cuci tandas, menebas belukar ) selama 1 minggu ke. Ini contoh sahaja ok. Contoh sahaja. Hehe. Kadang2 ada juga produk yang menggunakan label jenama seakan akan nampak islamik / kemelayuan. Itu yang merisaukan saya sebab kita tak boleh menilai sesuatu objek atau perkara hanya bersandarkan luaran je. My 20 cent.

Terima kasih kepada pihak PPIM kerna sudi menjelaskan / membawa hal ini kepada umun lebih2 lagi diri saya ini yang hampir terlena dari isu pemakanan ini. Jom tonton dulu video ni. Terima kasih.


Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Isu tepung : Dimanakah Sensitif Kita Berkenaan Isu Pemakanan ? "

Info ni sgt menyedarkan, btw thanks for sharing ;)

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.