5 video cara pakai tudung bawal

Video cara pakai tudung bawal


cara pakai tudung bawal

Jika anda tercari-cari cara pemakaian tudung bawal,Oh kiji ada menyediakan anda 5 video bagaimana hendak mengayakan tudung bawal.Anda boleh tonton video ini dibawah dan praktikannya dengan segera tanpa masalah.


Sejarah Tudung Bawal


Sebelum itu apa kata anda mengenal dahulu tentang tundung bawal ini,sejarah dan asal usulnya.Tudung bawal ini mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 80 an,dimana ketika itu ramai wanita kelantan gemar memakai tudung.keistimewaan tudung ini, ianya senang dibentuk di muka dan yang paling penting ia sangat cantik dipakai. Cuma, kemunculan tudung bawal ketika itu berbeza dengan tudung bawal zaman ini yang dihasilkan dengan pelbagai jenis, beraneka corak yang semestinya lebih menarik lagi kreatif. 

Asal usul perkataan bawal itu sebenarnya berasal dari perkataan perancis iaitu voile,atau juga disebut "voil" yang bermaksud fabrik yang ringan, lembut dan kosong. Ia diperbuat daripada kain kapas, sutera, rayon atau wool. Perkataan ini kemudian di'Melayu'kan sebagai Bawal, mungkin kerana bunyinya hampir sama 'voile'.

Tudung bawal pada awal tahun 90an sangat popular dengan corak jahitan manik bersambung atau berlabuci di bahagian tepi sahaja.Tudung bawal satu juga dikenali sebagai Tudung Bawal Jepun. Tudung bawal korea adalah Tudung bawal tidak asli dan dikenali sebagai Tudung bawal dua. 


Tudung bawal yang asli


Sekali pandang, tudung bawal satu atau asli ini kelihatan sama sahaja dengan tudung bawal dua atau tiga. Namun begitu, kita tetap boleh mengenali tudung bawal asli ini. Ianya paling jarang dari yang lain dan jika dipegang, terasa lebih lembut dan juga lebih nipis apabila dilipat. Oleh itu, kenapa anda harus membeli tudung bawal satu, semestinya kerana ia berkualiti dan paling penting tahan lama serta sentiasa nampak baru. 


Tutorial cara memakai tudung bawal









Ok itu sahaja,moga anda mendapat manfaat dari perkongsian cara pakai tudung bawal kali ini.Selamat mencuba!



Anda suka tak dengan pos ini?
2 komen untuk "5 video cara pakai tudung bawal"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.