Inilah 7 kolam yang menakjubkan dan patut berada didalam senarai pelancongan anda


Jika anda suka berenang mahu pun berendam didalam kolam,anda pasti tahu selain perasaan sensasi ketika berada didalam air,anda juga pasti akan teruja jika dikelilingi  dengan pemandangan yang menarik.Seperti berendam sambil melihat ke langit,atau pun melihat pemandangan lautan biru dihadapannya.Jadi kali ini kami akan tunjukan kepada anda kolam yang boleh dikatakan mampu membuat anda terpana akan keindahan dikelilingnya dan juga keunikannya.

Jadi tanpa membuang masa...anda lihatlah sendiri gambar-gambar kolam dibawah ini,mana tahu ianya mampu memberi inspirasi untuk anda melancong ke tempat tersebut :-D

1.) Capella Pedregal Resort, Cabo San Lucas, Mexico


Bukan sahaja spa disini menawarkan kolam peribadi kepada pelanggannya,ia juga menawarkan kolam luar yang betul-betul dengan pantai yang dikategorikan private.Tempat ini juga terkenal dengan masakan mexiconya.

2.) The Joule Hotel, Dallas, Texas, USA


Hotel ini terletak di bangunan lama dallas national bank,ianya menawarkan kolam bumbung yang 8 kaki terjulur keluar dari tepi bangunannya.Ianya bertujuan untuk memberi perasaan bagaimana berenang di tepi bangunan yang tinggi.

3.) Amirandes Grecotel Exclusive Resort, Crete, Greece


Diinspirasikan dari Istana purba Minoan,hotel yang berada diatas pulau ini menawarkan 1 kolam air masin (yang bersaiz kolam olimpik) yang terbuka dengan pemandangan lautan di kelilingnya.

4.) San Alfonso del Mar Resort, Algarrobo, Chile


Resort ini menawarkan kolam yang terbesar didunia.Ianya sebuah kolam yang panjangnya 1 km dan dengan kedalaman 115 kaki.Anda boleh berenang,berkayak atau pun berlayar didalamnya.

5.) The Oberoi Udaivialas, Udaipur, India


Direka seperti sebuah istana lama india,hotel ini terletak di tengah tasik pichola.Ianya mempunyai beberapa kolam didalamnya dan salah satunya boleh dilalui terus dari bilik.

6.) One & Only Reethi Rah, Maldives


Ianya sebuah kolam yang berada didalam kolam.Dimana kolam yang bersaiz besar berada betul-betul didalam air pantai dan kolam kecilnya menawarkan suasana yang menakjubkan ketika berada didalamnya.Hanya bot sahaja yang boleh digunakan untuk sampai ke hotel ini.

7.) Hotel Caruso, Ravello, Italy


Hotel ini sebenarnya terletak diatas ketinggian 1150 kaki dari paras laut.Cool!..anda boleh lihat lautan dibawahnya ketika anda sedang berendam didalam kolam ini.Menarik bukan..so macam mana?rasa teringin nak pergi ke sini tak? 




Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Inilah 7 kolam yang menakjubkan dan patut berada didalam senarai pelancongan anda"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.