Cara pakai shawl muka bulat

Cara pakai shawl muka bulat 


Cara pakai shawl muka bulat

Tudung Shawl sememangnya sangat di gemari oleh golongan muda. penggayaan yang mudah dan selesa dan simple sememangnya menjadikan anda lebih berkeyakinan untuk tampil lebih bergaya dengan selendang..Apabila tudung atau shawl dikenakan pada model yang dimainkan dalam tutorial, ia kelihatan sangat cantik dan terletak. Namun, bila digayakan pada kepala sendiri ia seolah-olah kelihatan agak aneh.Meskipun kesalahan yang dilakukan adalah sedikit atau tidak salah langsung, namun tudung yang dipakai tetap juga kelihatan tidak menarik. Apa yang berlaku? Hrmm..


>> Tutorial Cara Pakai Shawl <<

Sebenarnya, bentuk muka setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Maka, sebab itulah ia kelihatan berbeza antara anda dan model. Jadi, kali ini oh kiji berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan tudung atau shawl yang kena dengan bentuk wajah supaya anda lebih yakin ketika melangkah keluar.


Muka Jenis Bulat


Mereka yang memiliki bentuk muka jenis bulat ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini.Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir ke rahang pipi. cara pemakaian yang betul adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.


Klik sini untuk tutorial cara pakai tudung halfmoon dan cara pakai tudung bawal

Seseorang yang memiliki muka bulat, memang diakui agak sukar untuk menyembunyikan pipi yang gebu itu. Apabila memakai shawl ataupun tudung, pasti bahagain pipi akan longgar dan menampakkan wajah sebenar. Maka, ketatkan sebaiknya di bawah dagu. Jangan pakai tudung terlalu kebawah kerana ia mungkin akan menyebabkan muka anda kelihatan lebih bulat dan sempit. Sebaliknya, naikkan tudung melepasi kening, ketatkan tudung di dagu dan tarik sedikit tudung bagi menyorok pipi gebu supaya muka kelihatan sedikit runcing,dibawah adalah video bagaimana cara pakai shawl muka bulat.

Tutorial Cara Pakai Tudung Shawl Untuk muka bulat






Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Cara pakai shawl muka bulat"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.