Siapa yuna
Siapakah yuna ini sebenarnya?yunalis zarai atau yuna adalah seorang penyanyi yang berasal dari kedah.Dia yang dilahirkan pada 14 november 1986 merupakan puteri sulung dan tunggal kepada puan ainun dan mat zaarai alias.Puan ainun seorang guru kimia di sekolah sultan abu bakar kuantan manakala mat zaarai alias adalah seorang penasihat undang-undang negeri pahang.Dikalangan keluaga pula,yuna selalunya dipanggil dengan nama manjanya alis.
Yuna amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik.Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam.Ketika menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA, Yuna bersama beberapa rakannya membentuk sebuah kugiran dan sama-sama berlatih bermain muzik. Dari sinilah Yuna belajar bermain gitar di mana lagu pertama yang dimainkannya adalah lagu daripada kumpulan Peterpan berjudul Ku Katakan Dengan Indah. Lagu ini dimuatnaik ke laman Myspace dan sejak itu Yuna bersama kugirannya sering merakamkan lagu-lagu saduran serta ciptaan mereka sendiri hingga meraih tumpuan umum pada tahun 2008. Akhirnya nama beliau mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.
Apa itu santin?
Sebenarnya santin itu adalah sejenis kain yang memiliki ciri khas permukaan yang mengkilap dan licin, tetapi pada bagian belakang atau dalam permukaan satin tidak licin dan tidak mengkilap. Kain Satin ditenun dengan serat buatan seperti poliester, asetat, nilon, dan rayon.
Kain satin sendiri mulai dikenal di Eropah pada awal abad tahun ke-20,setelah terlebih dahulu mengenali kain sutera yang berasal dari Tiongkok ini.Sutra dengan satin ini memiliki beberapa ciri khas yang mirip,tetapi keduanya menggunakan bahan serat yang berbeza.Meskipun keduanya terasa lembut di kulit, satin memiliki permukaan yang lebih berkilat dan licin, sementara sutera lebih halus dan ringan.
Kain Satin ini biasa digunakan didalam pelbagai jenis fesyen ,tetapi yang paling digunakan adalah pakaian wanita seperti baju tidur,blaus dan gaun malam.Untuk pakaian lelaki banyak digunakan untuk kemeja dan juga baju melayu.
Video tutorial memakai shawl satin ala yuna
Post berkaitan : cara pakai shawl labuh tutup dada - cara pakai shawl silang - cara pakai shawl muka bulat - cara pakai shawl simple - cara pakai tudung bawal - tutorial pakai tudung halfmoon
Moga anda semua mendapat manfaat dari post ini,saya di sini ingin berharap anda dapat belajar dan memakai shawl dari kain jenis satin dengan jayanya.
Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Cara pakai shawl satin yuna"
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.