Gambar 5 jalan yang anda mungkin tidak sanggup memandu seorang diri

Ini adalah 5 jalan yang paling berhantu,ramai saksi melaporkan pelbagai kejadian pelik ketika mereka melalui jalan ini seorang diri.Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak mempercayai akan kewujudan hantu atau kejadian paranormal akan mengatakan ianya karut dan mungkin hanya kebetulan atau pun biasan cahaya,tapi saya yakin jika mereka melaui jalan mereka pasti akan terkencing :-D



1.A75 Kinmont Straight, Scotland




Laporan mengatakan kejadian penampakan selalu terjadi disini,dan disebabkan itu jalan ini diberi jolokan nama "jalan berpuaka".Pada tahun 1957 seorang pemandu trak ternampak sepasang kekasih sedang berjalan ditengah jalan dan mengadapnya,tanpa sempat mengelak dia telah melanggar pasangan tersebut.Menyangka dia telah melanggar pasangan itu,pemandu tersebut turun untuk melihatnya,peliknya pasangan tersebut tiada disitu seolah-olah tiada orang yang sedang lalu atau berjalan disitu. 

2.A229 from Sussex to Kent



Hantu wanita yang berpakaian putih adalah penjaga jalan berhantu yang berada di england ini,Ramai pemandu telah terkena dengan usikannya dimana mereka sering melihat wanita tersebut berjalan ditengah jalan dan menuju bertentangan dengan pemandu yang sedang melalui jalan itu,ramai yang sering terbabas mahu pun kemalangan gara-gara menekan brek secara mengejut dan menyangka telah melanggarnya,seperti biasa,kejadian pelik yang dialami oleh semua pemandu yang melalui jalan tersebut,mereka turun untuk melihat sama ada kereta mereka betul-betul melanggarnya tetapi wanita tersebut tiada disitu,dan kereta mereka tidak mengalami kesan pelanggaran dihadapan walaupun mereka yakin mereka seperti telah melanggarnya.

3.Kelly Road, Pennsylvania


Jalan yang dikelilingi dengan hutan ini terkenal dengan kejadian peliknya,ramai yang telah melihat pelbagai kejadian paranormal yang tidak dapat dijelaskan dengan fakta sains.

4.Stocksbridge Bypass, England


Hantu sami menghantui jalan dibawah jambatan ini.Beberapa orang juga ada melaporkan dimana mereka ternampak seorang sami yang sentiasa berada ditepi jalan,dan apabila polis melakukan siasatan di tempat tersebut mereka tidak menemui sesiapa pun disana.Laporan mengatakan seorang sami berdiri ditepi jalan tersebut dan memerhati pemandu yang melalui jalan tersebut,ada juga yang melaporkan sami tersebut tiba-tiba berada didalam kereta mereka setelah melalui jalan ini.

5.Tuen Mun Road, Hong Kong


Jalan ini dibina oleh kerajaan bagi mengurangkan kesesakan jalanraya.Sebaliknya ianya telah menjadi jalan yang paling berpuaka dimana jalan ini sentiasa merangut nyawa pemandu jalanraya ini setiap tahun tanpa mengetahui punca sebenar.Laporan mengatakan jalan ini berhantu dimana apabila pemandu melalui jalan ini hantu yang menakutkan tiba-tiba muncl ditengah jalan raya dan menyebabkan pemandu terkejut dan terbabas menjunam ke bawah jalan raya yang tinggi ini.

Kesimpulannya...jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriii...


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk "Gambar 5 jalan yang anda mungkin tidak sanggup memandu seorang diri"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.