Masalah jerawat lelaki - ketahui cara atasinya disini

Lelaki juga mempunyai masalah jerawat


Masalah jerawat lelaki
Kaum lelaki juga mengalami masalah jerawat seperti mana yang dialami oleh kaum wanita juga.Dan masalah parut jerawat juga sering dialami oleh lelaki,mesti anda pernah melihat lelaki yang mempunyai muka yang berparut seperti lubang-lubang kecil,sebenarnya lubang-lubang itu berpunca dari masalah jerawat yang dialami olehnya sebelum ini.



Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.


Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan (3 langkah cara hilangkan parut hitam jerawat).

Rawatan Awal


Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.

"Jerawat batu juga selalu dialami oleh kaum lelaki,ketahui cara hilangkan jerawat batu anda disini segera"

Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

Masalah yang kerap berlaku pada wajah. Kulit lelaki adalah lebih tebal dan pengeluaran sebum adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sebab itu kulit lelaki mudah berminyak atau berkilat dan berjerawat dan kadang2 meninggalkan bintik2 hitam.

Cara mengatasinya :

Bersihkan wajah anda setiap pagi dan sebelum tido. Pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda untuk menanggalkan kotoran, menanggalkan sel2 mati, membersih liang roma yang tersumbat, menanggalkan minyak dan mengatasi jerawat.Gunakan produk perawatan khas seperti gel yang tidak berminyak untuk mengurangkan minyak di muka. Produk anti blemish adalah sesuai dalam kes ini. Jika kulit berjerawat dan berminyak, beri tumpuan pada tempat yg bermasalah.

Baca sini untuk produk hilangkan parut jerawat

Jika kulit anda terlalu berminyak, terutama di bahagian zon T, gunakan produk khas atau pelembap kurang berminyak untuk mengatasi keadaan berminyak itu.Penggunaan pelindung matahari bukan sahaja dapat melindungi kulit dari sinaran UV, malah dapat mengatasi pengeluaran minyak dan pori2 tersumbat.

Tips Jerawat untuk kaum lelaki


1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

2. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.ika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.

Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.

Cara hilangkan Jerawat Muka Lelaki




Anda suka tak dengan pos ini?
1 komen untuk pos "Masalah jerawat lelaki - ketahui cara atasinya disini"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.