"Kerajan Malaysia Rampas Wang Najib Yang Sepatutnya Di Bayar Pada Saya" - Bapa Altantuya



KUALA LUMPUR: Bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006, menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Shaariibuu Setev dalam nada seloroh berkata, kerajaan Pakatan Harapan sudah merampas kembali wang bekas perdana menteri itu yang sepatutnya digunakan untuk membayar beliau dan keluarganya.

“Saya pernah dengar khabar angin seperti ini yang Najib sudah bayar saya wang, tetapi ia tidak benar,” katanya dalam sidang media sambil ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh hari ini.

Setev akan menemui Peguam Negara, Tommy Thomas petang ini dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad esok untuk membincangkan kemungkinan membuka semula kes siasatan ke atas kematian anaknya, Altantuya.

Altantuya dibunuh 2 anggota polis Malaysia antara 19 hingga 20 Oktober 2006.

Wanita berusia 28 tahun itu ditembak di kepala sebanyak 2 kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketemui.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang juga anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara, disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Bagaimanapun, Sirul sempat melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun.


Sumber: HelangMerah


Anda suka tak dengan pos ini?
0 komen untuk ""Kerajan Malaysia Rampas Wang Najib Yang Sepatutnya Di Bayar Pada Saya" - Bapa Altantuya"

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.